Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Bank Rakyat Perluas Kerjasama Dengan UniMAP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Bank Rakyat Perluas Kerjasama Dengan UniMAP

Bank Rakyat Perluas Kerjasama Dengan UniMAP

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 23 April 2019 08:20

KANGAR, 23 April 2019 (Selasa)- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan ‘Program Nuri @ The Library’ di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)’ Kampus Pauh Putra di sini semalam.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Zul Azhar Zahid Jamal dan Ketua Komunikasi Korporat Bank Rakyat, Nizam Abu Samah.

Program berkenaan adalah dianjurkan oleh UniMAP bersama-sama dengan pihak Bank Kerjasama Rakyat Berhad.

Dalam ucapan alu-aluan beliau, Zul Azhar memaklumkan bahawa, Bank Rakyat dan Yayasan Bank Rakyat telah menunjukkan komitmen cemerlang terhadap pelaksanaan pelbagai program CSR.

UniMAP turut menikmati limpahan manfaat melalui inisiatif Bank Rakyat ini yang turut melibatkan pelbagai entiti seperti Hal Ehwal Pelajar, akademik dan Autism Hub for Educational Resources (A-HEART).

Tambah beliau lagi, pada 9 April baru-baru ini, Yayasan Bank Rakyat dan UniMAP telah memeterai Memorandum Persefahaman bagi meluaskan skop kerjasama di antara dua institusi ini.

Bagi pihak UniMAP, beliau merakamkan setinggi penghargaan kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia dan Yayasan Bank Rakyat terhadap ingatan berterusan untuk melaksanakan pelbagai program berimpak dengan UniMAP dan berdoa semoga kerjasama dan sumbangan seumpama ini berterusan untuk manfaat UniMAP dan warga komuniti.

Untuk rekod, seramai 150 orang pelajar dari 12 buah sekolah di negeri Perlis dan secara khususnya, 70 orang anak-anak dari Rumah Anak-Anak Yatim Perlis diundang mengambil bahagian di dalam program berbentuk edutainment ini.

Mereka telah menyertai lima segmen menarik meliputi Cerita 1001 malam, Pertandingan Lego Robotic, Ekspressi Dirimu, Innovation Trail dan tayangan filem Big Hero 6.

Sebahagian besar segmen pada program ini berfokus pendidikan nutrisi dan pemakanan untuk anak-anak selaras dengan pelaksanaan CSR Bank Rakyat dalam bidang ini.

Beberapa segmen pula menyelitkan elemen pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Membaca, Kesusasteraan dan Matematik atau singkatannya STREAM bagi meningkatkan minat dan kecenderungan anak-anak Perlis dalam bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan.

Di akhir majlis, baginda berdua yang juga merangkap Tuanku Canselor dan Tuanku Pro Canselor berkenan menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang pelbagai kategori yang dipertandingkan.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE