Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Ingatkan Masyarakat Tidak Lakukan Pembakaran Terbuka n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Ingatkan Masyarakat Tidak Lakukan Pembakaran Terbuka

Raja Muda Perlis Ingatkan Masyarakat Tidak Lakukan Pembakaran Terbuka

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 23 April 2019 09:20

PADANG BESAR, 23 April 2019 (Selasa)- Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka di kawasan hutan yang boleh menyebabkan kepupusan serta kemusnahan ekologi hutan yang menyebabkan perubahan suhu dan mengundang pelbagai kejadian bencana alam.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, kemusnahan ekosistem ini memerlukan masa kira-kira 40 tahun untuk pulih semula.

"Dalam memelihara hutan, masyarakat hendaklah tidak melibatkan diri selain memerangi serta melaporkan tentang sebarang bentuk aktiviti pembalakan haram di kawasan hutan simpan supaya tidak memusnahkan kekayaan khazanah biodiversiti hutan, flora dan fauna yang menjadi tumpuan para pengkaji dan pembangunan penyelidikan oleh para penyelidik serta IPT dalam dan luar negara.

"Selain daripada itu, rakyat juga tidak dibenarkan melakukan aktiviti penerokaan hutan dengan sewenang-wenangnya dengan cara menceroboh, menebang, meratakan kawasan hutan untuk tujuan membina kediaman, pertanian, sumber hutan dan sebagainya," titah baginda.

Demikian titah Raja Muda Perlis ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis 2019’ yang diadakan di Taman Rekreasi Tasik Melati 2, Beseri, Padang Besar petang semalam.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Ridza Awang dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis Ag. Shaffie Ag. Ahmadni.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut meminta orang awam tidak mencemarkan kawasan hutan dengan membuang dan melonggokkan sampah sarap, membuang bahan-bahan merbahaya seperti sisa toksik, bahan binaan, sisa kilang dan sebagainya, serta memberikan kesedaran kepada generasi muda supaya lebih peka terhadap alam sekitar serta kepentingan menjaga dan memelihara hutan negara kepada kehidupan sejagat. Tanpa kelangsungannya kita tidak akan dapat menjalani kehidupan ini dengan sempurna kerana kita saling bergantungan.

Di majlis yang sama baginda turut berkenan mengurniakan sijil kepada wakil daripada 11 sekolah dan 9 Agensi (Program menanam 5000 anak pokok) di samping menerima pokok yang ke 5000 baru ditanam.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE