Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pengamal media perlu pertahan profesional kewartawanan - MB Perlis3

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Pengamal media perlu pertahan profesional kewartawanan - MB Perlis3

Pengamal media perlu pertahan profesional kewartawanan - MB Perlis3

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 14 Jun 2022 14:34

KANGAR, 13 Jun (Bernama) -- Penyampaian berita yang tidak benar akan menimbulkan masalah dalam kalangan masyarakat sekali gus memberi kesan negatif kepada banyak pihak, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

“Bahayanya penyebaran berita yang tidak sah… masyarakat akan membuat penilaian terhadap sesuatu laporan yang dibaca oleh mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 Peringkat Negeri Perlis di sini hari ini.

Justeru, beliau meminta pengamal media supaya terus mempertahankan profesional kewartawanan bagi memastikan maklumat yang disampaikan memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

Majlis itu dihadiri Exco Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri Rozieana Ahmad serta barisan exco kerajaan negeri.

Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin dan Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Bernama Harlina Samson.

Sementara itu, Roslan berharap sambutan HAWANA dapat dianjurkan di peringkat negeri secara konsisten supaya dapat dirancang dan diraikan secara bersama.

“Kita ucap tahniah kepada Persatuan Wartawan Perlis (PWP) kerana berjaya menganjurkan satu majlis bersama kerajaan negeri dan ia diharap dapat dicontohi persatuan wartawan di negeri lain.

“Siapa lagi yang nak meraikan wartawan, kalau bukan wartawan sendiri,” katanya.

Pada majlis itu, bekas Editor Meja Foto Bernama dan bekas Ketua Biro Bernama Perlis Allahyarham Adnan Jahaya yang meninggal dunia pada 2019 dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Perlis.

Allahyarham menerima sijil dan wang tunai RM500 sumbangan E-Idaman Sdn Bhd yang disampaikan kepada balunya Hasnah Hashim oleh Azlan.

Bersempena Hawana Peringkat Negeri Perlis 2022, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut menganjurkan forum bersama PWP bertajuk 'Amanah Menyampaikan Berita' di Masjid Tuanku Syed Faizuddin, malam ini.

Selain itu, turut dianjurkan Program Kayuhan MAIPs Peduli yang disertai pengamal media Perlis bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

 

Sumber: Bernama

 

Please publish modules in offcanvas position.