Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kerjasama media Malaysia dan Thailand perkukuh perkongsian maklumat

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Kerjasama media Malaysia dan Thailand perkukuh perkongsian maklumat

Kerjasama media Malaysia dan Thailand perkukuh perkongsian maklumat

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 15 Jun 2022 14:15

PADANG BESAR, 15 Jun- Bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara pengamal media Malaysia dan Thailand, Persatuan Wartawan Perlis (PWP) menandatangani nota persefahaman dengan Persatuan Media Selatan Thailand.



Kerjasama ini membolehkan pertukaran budaya dan perkongsian kepakaran dalam bidang kewartawanan.



Menurut Presiden PWP Mohammad Asri Shafii, usaha yang digerakkan ini mendapat sokongan padu Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.



Perjanjian itu ditandatangani oleh Mohammad Asri dan wakil Persatuan Media Selatan Thailand, Phiphob dalam satu majlis petang semalam disaksikan Tuanku Syed Faizuddin dan Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.



Terdahulu Tuanku Syed Faizuddin menyertai Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 Peringkat Negeri Perlis itu turut disertai oleh ketua dan wakil agensi kerajaan di Perlis.



Aktiviti yang dianjurkan dengan kerjasama PWP itu adalah bagi meraikan pengamal media di negeri ini disamping turut memberi sumbangan kepada asnaf yang memerlukan di kawasan Felcra Lubuk Sireh dan seterusnya kepada golongan yang memerlukan di kawasan Padang Besar, Thailand.



MAIPs mendapat mandat daripada sebahagian penyumbang yang berhasrat agar kami dapat berkongsi rezeki bersama sahabat dari Selatan Thailand.

 

(Presiden PWP Mohammad Asri dan wakil Persatuan Media Selatan Thailand, Phiphob
menunjukkan MOU yang ditandatangani sambil disaksikan Tuanku Syed Faizuddin dan
Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil)

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.