Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis lancar Wakaf Pusat Rawatan Katarak

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Perlis lancar Wakaf Pusat Rawatan Katarak

Raja Perlis lancar Wakaf Pusat Rawatan Katarak

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 21 Jun 2022 09:25

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan melancarkan ‘Skim Wakaf Tunai MAIPs Bagi Pusat Rawatan Katarak Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar’ pada petang semalam.

 

Pelancaran berkenaan disempurnakan oleh baginda di ‘Majlis Santapan Sempena Perasmian Bangunan Wakaf MAIPs Pusat Perkhidmatan Dialisis HTF’ yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Dewan Bakawali, Mess Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Perlis, Jalan Raja Muda, Kangar.

 

Skim wakaf berkenaan bertujuan untuk mengumpulkan dana tunai bagi melengkapkan pembinaan sebuah Pusat Rawatan Katarak yang dihasratkan menjadi sebuah lagi mercu tanda baharu hasil inisiatif zakat dan wakaf di Negeri Perlis.

 

Terdahulu daripada itu, Tuanku Raja menitahkan agar semua pihak terus meneruskan sokongan kepada segala inisiatif zakat dan wakaf yang dilaksanakan oleh pihak MAIPs.

 

Menurut Tuanku Syed Sirajuddin, terdapat banyak lagi perancangan melibatkan wakaf yang sedang dan akan dilaksanakan oleh MAIPs selaku pemegang tunggal amanah wakaf di Negeri Perlis.

Di majlis yang sama baginda turut berkenan menerima persembahan sumbangan zakat perniagaan daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) untuk tahun 2021 berjumlah RM180,000 yang diwakili oleh Pengurus Besar Hubungan Strategiknya, Hj. Mohd Nazri Chik.

 

Keberangkatan baginda bersama-sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Ketua Pegawai Ekaekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.