Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis hargai sumbangan para penderma darah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis hargai sumbangan para penderma darah

Raja Muda Perlis hargai sumbangan para penderma darah

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 21 Jun 2022 09:27

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menghargai sumbangan para penderma serta penganjur-penganjur kempen derma darah yang budiman di negeri Perlis.

‘Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penderma darah dan penganjur-penganjur kempen derma darah yang telah banyak membantu mengekalkan bekalan darah khususnya Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar. Syukur Alhamdulillah sumbangan anda semua telah banyak menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit yang memerlukan’.

 

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat melancarkan kempen ‘Hari Penderma Darah Sedunia 2022’ pada program Hijrah Minda MAIPs Khas sempena Perkampungan Sunnah Edisi Ke-7 yang berlangsung dari 17-19 Jun 2022’ di Masjid Alwi Kangar semalam.

 

Program tersebut dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Kesihatan Negeri dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Mufti Negeri, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF).

 

Sebelum itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim memaklumkan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mewartakan tarikh 14 Jun pada setiap tahun sebagai Hari Penderma Darah Sedunia. Tema sambutan pada kali ini adalah “ Derma Darah, Kukuhkan Perpaduan”.

 

Beliau menerangkan bahawa walaupun bekalan darah di negeri Perlis masih baik, komitmen berterusan daripada penderma darah dan penganjur kempen derma darah sentiasa diperlukan. Jelas Dr Sirajuddin, ‘Tabung Darah, Hospital Tuanku Fauziah memerlukan 160 hingga 200 beg darah seminggu dan hampir 800 beg darah sebulan untuk menampung keperluan pesakit’.

Sempena program tersebut Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM11,600 kepada seramai 29 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Alwi Kangar untuk diagihkan oleh amilnya Ismail Hashim. Masing-masing akan menerima RM400 setiap seorang. Hadir sama ialah Mufti Perlis Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

 

Terdahulu daripada itu turut diadakan ialah sesi taklimat mengenai kempen ‘Rakyat Perlis Hidup Bersih’ yang disampaikan oleh Pengarah SWCorp Negeri, Shamsuharizal Basir.

 

Sumber: Suara Mereka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE