Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis terima mengadap mubaligh terkenal n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis terima mengadap mubaligh terkenal

Raja Muda Perlis terima mengadap mubaligh terkenal

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 21 Jun 2022 09:31

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima kunjungan mengadap hormat oleh delegasi Pertubuhan Al Khaadem yang diketuai oleh Presidennya, Syeikh Hussain Yee yang juga merupakan seorang mubaligh dan sarjana ilmu terkenal di Galeri DiRaja Arau.

 

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

 

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Syeikh Hussain Yee mempersembah maklumkan kepada baginda berdua tentang usaha-usaha terkini Pertubuhan Al Khaadem dan Skuad Prihatin Kemiskinan (SPK), yakni bahagian CSR Al Khaadem.

 

Beberapa peluang kerjasama sedia ada dan juga yang baharu di antara pihak MAIPs dan Pertubuhan Al Khadeem turut diperbincangkan.

 

Tuanku Raja Muda selepas majlis tersebut menitahkan bahawa guru-guru yang mendidik secara umumnya perlulah sentiasa memperkemaskan diri dan menambah ilmu sedia ada. Menjadi contoh terbaik kepada pelajar adalah perlu agar matlamat untuk melahirkan pelajar cemerlang dunia dan akhirat tercapai. Tambah baginda, bukanlah mudah tugas sebagai seorang guru kerana ujian dan cabaran amatlah hebat di zaman ini. Namun berbekalkan niat, kesabaran dan kecekalan berkerja, insya-Allah sasaran masing-masing akan tercapai dengan jayanya.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE