Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rakyat Perlis diharap budayakan amalan hidup sihat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rakyat Perlis diharap budayakan amalan hidup sihat

Rakyat Perlis diharap budayakan amalan hidup sihat

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 23 Jun 2022 10:26

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap rakyat Perlis akan dapat membudayakan amalan hidup sihat dari sudut fizikal dan mental serta menjadikan persekitaran negeri ini sebagai persekitaran idaman setiap orang.

Selain daripada mengamalkan cara hidup sihat, rakyat Perlis juga diseru menjalankan saringan kesihatan setiap tahun iaitu pemeriksaan kesihatan secara berkala.

 

Titah baginda, “Melalui pemeriksaan kesihatan ini, faktor risiko kesihatan individu akan dapat dikenal pasti dan rakyat akan dapat mengambil tindakan pencegahan dan pemulihan yang bersesuaian,”.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Ustaz Shofwan Badri (dua dari kanan) dan pelajar di Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis.

 

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima mengadap hormat Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia, Ustaz Shofwan Badrie Ahmad Badrie baru-baru ini.

 

Ustaz Shofwan Badri seorang pendakwah terkenal dan mendapat pendidikan di Kolej Ilmu Islam dan Bahasa Arab di Universiti Imam Muhammad Saud, Jakarta sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Islam Madinah.

 

Beliau mengiringi Baginda semasa meninjau kawasan ‘Program Transformasi Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis’ yang diinisiatifkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis beserta pelbagai agensi dan syarikat swasta, masyarakat setempat serta individu perseorangan.

Baginda yang juga Penaung DiRaja Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia bertitah,”Bagi golongan B40, pemeriksaan kesihatan ini adalah percuma dan sekiranya perlu, mereka akan dirujuk ke pihak tertentu untuk pemeriksaan lanjut,”.

 

Oleh itu, titah Baginda, semua rakyat Perlis diseru supaya mengambil peluang untuk menjalankan saringan kesihatan, bagi menjamin kesejahteraan kesihatan diri masing-masing.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE