Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Guru tunjang kemenjadian murid, tingkat kecemerlangan pendidikan

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Guru tunjang kemenjadian murid, tingkat kecemerlangan pendidikan

Guru tunjang kemenjadian murid, tingkat kecemerlangan pendidikan

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 24 June 2022 15:54

ARAU, 24 Jun - Guru menjadi tunjang kepada kemenjadian murid dengan berbekalkan kemahiran, kepakaran dan kreativiti serta kesungguhan dimiliki, mereka menyantuni anak-anak didik di sekolah secara bersama-sama bagi memperkasa penyampaian pendidikan secara berkualiti.



Oleh itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua guru atas kesediaan dalam meningkatkan profesionalisme dengan memberikan penekanan kepada kualiti, produktiviti dan modernisasi secara berterusan, berintergriti dan berhemah.

 


(Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama  Rektor
Universiti Fatoni - Thailand, Sheikh Dr. Ismail Lutfi Japakiya)

 

Titah baginda, setiap guru diharap terus memberikan komitmen dan dedikasi yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kerana sesungguhnya, komitmen dan dedikasi yang dizahirkan oleh para guru telah meningkatkan kecemerlangan pendidikan di negeri Perlis.



Demikian titah baginda ketika menerima kunjungan mengadap oleh Rektor Universiti Fatoni - Thailand, Sheikh Dr. Ismail Lutfi Japakiya di Galeri Di Raja Arau.



Dr. Ismail turut mempersembahkan beberapa naskah buku dihasilkan oleh beliau kepada Tuanku Syed Faizuddi termasuklah Sheikh Ismail Lutfi - Penyebar Salam Dari Patani, Coronavirus COVID-19, Wakaf Pelaburan, Teras Pembangunan Ekonomi Islam Dalam Menyebarkan Rahmat Ke Seluruh Alam dan Khusyuk - Asas Kejayaan Hidup.



Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.