Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Organisasi Awam Dan Swasta Perlu Kerja Keras Promosi Perkhidmatan – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Organisasi Awam Dan Swasta Perlu Kerja Keras Promosi Perkhidmatan – Raja Muda Perlis

Organisasi Awam Dan Swasta Perlu Kerja Keras Promosi Perkhidmatan – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 01 Julai 2022 14:38

FASA peralihan ke endemik sekarang ini telah merangsang kembali dunia untuk terus berkembang semula.

 

Oleh itu, adalah disarankan supaya setiap agensi dan organisasi baik awam mahupun swasta supaya berusaha keras mempromosi perkhidmatan masing-masing secara berterusan dan pada masa yang sama mempertingkatkan kualiti, efisyensi dan keberkesanannya kepada masyarakat dan para pelanggan walau dalam apa jua keadaan sekalipun dengan mengambil kira kemudahan teknologi kini.

Adalah menjadi satu pembaziran jika segala perkhidmatan yang tersedia tidak digunakan semaksimum mungkin.

Setiap organisasi juga perlu sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan terbaik demi memenuhi keperluan pelanggannya bagi mengelakkan sebarang kecaman dan tanggapan negatif masyarakat terhadap perkhidmatan yang disediakan.

Demikian dititahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat singgah merasmikan Projek Usahawan Asnaf Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) perniagaan ‘Marjrod Food Truck’ yang diusahakan oleh Mohd Marzulrizal Mohmad Zuki, 31 dari Kampung Sentua Utan Aji l.

Beliau menerima sumbangan berjumlah RM2,000 daripada pihak Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk membeli mesin ‘mixer’ bagi membuat donut dan kerusi ‘stainless steel’ baru-baru ini.

Perasmian tersebut diadakan sempena program Kayuhan MAIPs Peduli yang diketuai oleh Baginda sendiri yang turut diiringi sama pada kali ini oleh pihak pengurusan tertinggi Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd serta wakil-wakil daripada Malaysia Teqball Association (MTA) dan juga Ultimate Fighting Championship (UFC) Malaysia.

 

 

Dalam yang sama Tuanku Raja Muda turut berkenan singgah bagi menyampaikan agihan sumbangan zakat MAIPs kepada tiga orang asnaf terpilih iaitu Bakrimar Abu Bakar di Kampung Behor Lateh, Ramli Hashim di Kampung Titi Serong dan Aziz Ibrahim di Kampung Titi Tok Bandar di rumah masing-masing. 

Pihak Al Ikhsan, MTA dan UFC Malaysia juga turut tidak melepaskan peluang untuk menyerahkan sumbangan CSR ikhlas mereka kepada golongan yang memerlukan tersebut.

Sumber Suara Merdeka



Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE