Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis galak laksana solat sunat Aidiladha di tanah lapang n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis galak laksana solat sunat Aidiladha di tanah lapang

Perlis galak laksana solat sunat Aidiladha di tanah lapang

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 04 Julai 2022 08:09

Arau: Pelaksanaan solat sunat Aidiladha di Perlis digalakkan untuk dilaksanakan di tanah lapang (musolla) pada jam 8 pagi seperti tahun sebelum ini.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pemilihan tanah lapang berkenaan adalah tertakluk kepada ketetapan oleh jawatankuasa kariah masjid masing-masing di seluruh Perlis dan prosedur ini dilaksanakan selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

 

Titahnya, pelaksanaan ini selaras dengan sunnah Baginda Rasulullah SAW selain dapat mengurangkan risiko jangkitan, dibandingkan solat yang ditunaikan di tempat tertutup.

 

 
"Bagaimanapun, pihak jawatankuasa kariah boleh mempertimbangkan penggunaan ruang dalam masjid sekiranya terdapat keperluan bergantung kepada ruang dan bilangan jemaah yang hadir.
 

"Jemaah juga diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka semasa hendak menunaikan solat sunat Aidiladha," titahnya dalam satu kenyataan media hari ini.

 

Titahnya lagi, jemaah dibenarkan bersalaman namun tidak menyentuh muka selepas itu dan hendaklah sentiasa mencuci atau membersihkan tangan.

 

Baginda yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, bagi ibadah korban, pihak masjid, surau yang berdaftar dengan MAIPs, jabatan atau agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) adalah dibenarkan untuk mengelola dan menganjurkannya namun tertakluk kepada SOP keselamatan dan kesihatan.

 

"Dalam masa yang sama juga, pelaksanaan ibadah korban (penyembelihan haiwan korban) hanya boleh dilakukan di kawasan seperti rumah sembelihan milik kerajaan dan swasta, masjid dan surau berdaftar dan premis persendirian yang mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Perlis.

 

"Semua penganjur yang menguruskan ibadah korban perlu membuat semakan bagi penyediaan tempat yang sesuai untuk tujuan pelaksanaan proses penyembelihan, melapah, memotong dan mengagihkan korban.

 

"Malah, kriteria tempat mestilah bersih dan tidak tercemar serta mempunyai pengudaraan yang baik.

 

"Dari segi pelaksanaan jamuan pula, ia dibenarkan dan diharapkan ketibaan Zulhijjah yang mulia ini mengingatkan kita semua mengenai semangat berkorban yang harus dihayati dan diterapkan dalam kehidupan seharian," titahnya.

 

 

Sumber: Harian Metro

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE