Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kerjasama FGV, MAIPs bawa kemakmuran ekonomi Perlis – Raja Muda n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kerjasama FGV, MAIPs bawa kemakmuran ekonomi Perlis – Raja Muda

Kerjasama FGV, MAIPs bawa kemakmuran ekonomi Perlis – Raja Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 04 Julai 2022 08:14

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) amat dialu-alukan.

 

Ini kerana selama ini dana zakat perniagaan yang disalurkan oleh Kumpulan FGV kepada MAIPs telah memberi sumbangan yang penuh bermakna secara khususnya terhadap kemakmuran dan ekonomi negeri Perlis.

 

Sebagai sebuah organisasi yang telah lama berkecimpung di dalam industri perladangan berteraskan sawit, baginda menaruh kepercayaan yang tinggi bahawa FGV bukan sahaja mampu menghasilkan produk berkualiti tinggi, malah membantu dalam pemerkasaan sistem makanan negara melalui projek pertanian bersepadu.

 

Tambah Tuanku Raja Muda lagi, ‘Strategi kepelbagaian perniagaan oleh FGV termasuk pembangunan FGV Chuping Agro Valley, secara tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi sumbangan bermakna kepada rakyat dan negara melalui penyediaan peluang pekerjaan untuk rakyat negeri Perlis.

 

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menerima sembah mengadap hormat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Mohd Nazrul Izam Mansor di Istana Perlis di Kuala Lumpur tenga hari tadi.

 

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Strategi Kumpulan FGV Salman Ghazali dan Ketua Pertanian Bersepadu FGV Abdul Razak Aya serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Di majlis tersebut Mohd Nazrul Izam turut mempersembahkan kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs sumbangan zakat perniagaan FGV berjumlah RM221,628 dan juga RM50,000 lagi untuk Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Batu 5 Jalan Kuala Perlis melalui MAIPs.

 

Dalam pertemuan tersebut Tuanku Raja Muda turut dimaklumkan taklinat perkembangan terkini mengenai kerjasama FGV dan Baladna dari Qatar bagi melaksanakan projek ladang tenusu di Chuping Perlis.

 

Selain inisiatif FGV sendiri dalam rancangan FGV Chuping Agro Valley (FCAV) yang telah dimulakan dengan penanaman Nenas MD2, pisang dan jagung, serta tanaman harumanis dan padi wangi yang boleh melibatkan kerjasama menang-menang antara FGV dan MAIPs.

 

Ini terutama sekali dalam aspek peluang pekerjaan dan juga perniagaan bagi golongan asnaf negeri ini yang berminat.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE