Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda hadir forum Bulugh Al-Maram anjuran DBP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda hadir forum Bulugh Al-Maram anjuran DBP

Raja Muda hadir forum Bulugh Al-Maram anjuran DBP

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 05 Julai 2022 10:45

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri Forum Bulugh Al-Maram anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Masjid Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq, Kampung Seberang Ramai di Kuala Perlis, malam tadi.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa Dan Sastera, Dr Abang Patdeli Abang Muhi dan Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Mohd Salahuddin Mohamed.

 

 
Forum Bulugh Al-Maram, anjuran DBP di Masjid Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq, Kampung Seberang Ramai di Kuala Perlis, malam tadi.

 

Program ini dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Jabatan Mufti Negeri Perlis.

 

Sempena dengan majlis ini juga diadakan Penyerahan Sumbangan Koleksi Buku DBP kepada masjid berkenaan, Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Jalan Batu 5, Jalan Kuala Perlis dan juga Surau Masjid Lama Kampung Seberang Ramai yang disempurnakan oleh Prof. Datuk Seri Dr. Hj. Awang Sariyan sambil disaksikan oleh Tuanku Raja Muda disusuli dengan solat Isya secara berjemaah.

 

Dalam program berasingan pada sebelah siangnya, pihak DBP telah menganjurkan program ‘Semarak Bahasa Kebangsaan 2022’ dengan tema ’Indahnya Bahasaku’ melibatkan kehadiran para pelajar dari enam buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Khoon Aik, Kangar, Perlis.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pertandingan ‘Saya Tahu’, ‘Kuiz Semarak Bahasa dan Sastera’ dan Wacana Ilmu: Bahasa Melayu Bahasa Ilmu yang disampaikan oleh Datuk Ts Kamel Mohamad dan Datuk Goh Hin San.

 

Turut diadakan ialah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mengecat beberapa buah rumah di sekitar jeti nelayan LKIM Kampung Tandiap, Kuala Perlis sebagai tanda sokongan bagi sama-sama menjayakan Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai Kuala Perlis yang diinisiatifkan oleh MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan dibantu para sukarelawan daripada beberapa organisasi lain dan juga penglibatan masyarakat setempat. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE