Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jangan Buat Tuduhan Melulu Terhadap Badan Kehakiman – Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jangan Buat Tuduhan Melulu Terhadap Badan Kehakiman – Raja Perlis

Jangan Buat Tuduhan Melulu Terhadap Badan Kehakiman – Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 08 Julai 2022 15:17

KANGAR : Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyeru masyarakat agar menghormati serta memelihara prinsip kebebasan badan kehakiman di negara ini.

 

Titah baginda, jangan membuat sebarang tuduhan yang melulu dan tidak berasas kepada hakim atau pegawai kehakiman. 

Baginda yakin dan percaya bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang hakim kerana setiap keputusan yang dibuat itu akan menjadi kayu pengukur kepada proses keadilan dan menjadi rujukan pada masa hadapan. 

“Umum mengetahui, terdapat tiga cabang utama yang ditadbir berasingan di bawah sistem pentadbiran negara, iaitu badan eksekutif, perundangan dan kehakiman.

“Ketiga-tiga badan ini mempunyai peranan, tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing. Dengan adanya pengasingan kuasa ini, pemerintahan negara akan berjalan dengan tersusun dan teratur serta wujud semak dan imbang dalam sistem pentadbiran negara,” titah baginda ketika merasmikan Kompleks Mahkamah Kangar di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kangar, Dr. Arik Sanusi Yeop Johari. 

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sementara itu, baginda menaruh harapan tinggi agar para hakim dan pegawai kehakiman terus menjaga integriti serta etika pada setiap masa bagi memastikan setiap keputusan dibuat sentiasa berpaksikan kepada keadilan dan kesaksamaan dan ‘without fear or favour’. 

“Jika sesuatu keputusan itu dibuat berlandaskan undang-undang dan fakta yang betul, beta yakin sudah pasti keputusan tersebut dapat diterima baik oleh semua pihak,” titah baginda.

Pada kesempatan sama, Tuanku Syed Sirajuddin turut mengajak seluruh jentera kerajaan termasuk penjawat awam, ahli politik, badan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam agar bersatu hati dalam membasmi dan membendung masalah rasuah. 

Titah baginda, jika budaya tersebut tidak dihapuskan, ia akan merosakkan seluruh sistem pentadbiran dan masyarakat baik daripada segi politik, ekonomi dan sosial. 

 

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE