Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Rasmi Deklamasi Puisi Islam DBP, KUIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Rasmi Deklamasi Puisi Islam DBP, KUIPs

Raja Muda Rasmi Deklamasi Puisi Islam DBP, KUIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 08 Julai 2022 15:20

RAJA Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Deklamasi Puisi Islam anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Kampus KUIPs Seberang Ramai Kuala Perlis, petang semalam.

 

Antara para pendeklamasi yang terlibat adalah Sasterawan Negara, Datuk Rahman Shaari dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan.

Turut serta adalah Datin Seri Haryani Haron, Ainur Syakirah Muhd Hissam dan Nor Aisyah Ahmad (KUIPs), Bibi Baharom (Persatuan Penulis Perlis), Mohamad Zaki Abdul Halim (AKSARA), Noor Zaidi Hamad (Persatuan Penulis Perlis), Zalina Ahmad (AKSARA) dan Prof. Madya Dr. Nor Hasimah Ismail (Persatuan Penulis Perlis).

Pihak DBP turut menyerahkan sumbangan koleksi buku-bukunya kepada KUIPs sempena majlis tersebut.

Di akhir program Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Canselor KUIPs turut berkenan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara DBP dan KUIPs oleh Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran dan Timbalan Rektor Akademik dan Antarabangsa KUIPs Prof Madya Dr Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli.

 

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE