Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Anak Muda Perlu Semai Semangat Cintakan Bahasa Kebangsaan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Anak Muda Perlu Semai Semangat Cintakan Bahasa Kebangsaan

Anak Muda Perlu Semai Semangat Cintakan Bahasa Kebangsaan

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 08 Julai 2022 15:32

KANGAR: Setiap anggota masyarakat terutamanya dalam kalangan generasi muda perlu mengembalikan semangat cintakan bahasa kebangsaan.

 

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran berkata, justeru itu pihaknya menganjurkan program Ekspresi Muzik Jalanan 2022 bagi menyemarakkan kesedaran masyarakat menyintai bahasa kebangsaan.

“Program seperti ini dapat menyerlahkan lagi kawasan Projek DiRaja di Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai Kuala Perlis sebagai sebuah destinasi pelancongan di Perlis yang semakin popular.

“Program yang diadakan di Dataran Putra, Kampung Hujung Tanjung berjaya menarik minat 10 kumpulan pemuzik jalanan termasuk dari Kedah dan Pulau Pinang,” katanya pada program berkenaan semalam.

Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perlis.

Perasmian penutup disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Prof. Dato Seri Dr Awang Sariyan.

Sempena program itu Raja Muda singgah di Dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Kampung Tengah menyaksikan acara pertandingan Jejak Bahasa, Pertandingan Mewarna Lukisan dan Kuiz Semarak Bahasa dan Sastera.

Baginda juga singgah di lokasi ‘Program Warna Warni Bahasa’ bagi melaksanakan simbolik mengecat dinding sebuah rumah penduduk di Kampung Tandiap.

Selain itu menyantuni ‘Program Santai Bahasaku’ di Anjung Persinggahan Raja, Laman Bunga Raya dan Jeti LKIM sebelum mengakhiri program dengan beramah mesra bersama sukarelawan Pasukan Pacuan Empat Roda Malaysia di gelanggang Futsal Terbuka Pulau Ketam.

Sumber daripada HARAKAHDAILY

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE