Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Anggota Masyarakat Ada Risiko HIV Segerakan Pemeriksaan – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Anggota Masyarakat Ada Risiko HIV Segerakan Pemeriksaan – Raja Muda Perlis

Anggota Masyarakat Ada Risiko HIV Segerakan Pemeriksaan – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 13 Julai 2022 10:46

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru anggota masyarakat yang mempunyai risiko jangkitan HIV untuk segera membuat pemeriksaan darah, mendapat rawatan jika positif serta berusaha mengurang cara hidup yang berisiko tinggi.

 

Demikian dititahkan oleh baginda selepas berkenan berangkat menyempurnakan program Kayuhan Berbasikal Amal ‘Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli’ Bilangan Ke-50 Bagi Tahun 2022 di sekitar Kaki Bukit, Padang Besar.

Baginda yang diiringi sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkenan singgah menyantuni tiga buah rumah asnaf terpilih milik Rohini Yaacob, Embun Ramli dan Mazira Mat Ali bagi menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs berupa wang tunai RM700, sekampit beras fidyah dan sekotak bahan makanan mentah kepada setiap seorang di antara mereka.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Sirajuddin Hashim menerangkan bahawa antara golongan yang berisiko tinggi adalah mereka yang terlibat dengan seks sesama jenis, seks dengan berbilang pasangan dan penagih dadah yang berkongsi jarum. Berdasarkan statistik, punca utama jangkitan bagi negeri ini adalah 69 peratus secara hubungan seks sesama jenis (homoseksual/biseksual), 25 peratus secara heteroseksual dan 6 peratus melalui perkongsian jarum suntikan.

Menurut beliau, jumlah kes HIV di Perlis adalah 4.49 bagi setiap 100,000 penduduk manakala kes AIDs pula ialah 4.11 bagi setiap 100,000 penduduk.

Jelas Dr Sirajuddin lagi, kadar rawatan HIV adalah 83 peratus yang telah diberikan ubat anti retroviral.

Katanya, tidak ada jangkitan dari ibu positif HIV kepada anak yakni ada 5 kes ibu positif, satu telah lahir keputusannya anak adalah negatif.

Sumber daripada Suara Merdeka



 

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE