Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Heret Penipu Pakej Haji Ke Muka Pengadilan – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Heret Penipu Pakej Haji Ke Muka Pengadilan – Raja Muda Perlis

Heret Penipu Pakej Haji Ke Muka Pengadilan – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 13 Julai 2022 10:54

PADANG BESAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan  mangsa atau sesiapa yang mengetahui maklumat mengenai penipuan pakej haji agar segera membuat laporan kepada pihak berkuasa.

 

Titah baginda, individu yang menipu atau boleh digelar sebagai ‘scammer haji’ itu perlu segera dibawa ke muka pengadilan agar tiada lagi yang akan terpedaya dengan penipuan atas nama agama.

Baginda menzahirkan rasa dukacita dengan nasib ratusan bakal haji yang didakwa yang menjadi mangsa pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab menawarkan pakej palsu. 

“Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran yang mempromosikan pakej haji furada yang belum tentu ada jaminan untuk sampai ke tanah suci.

“Tawaran menarik dengan peluang cepat tanpa menunggu giliran sering kali menjadi faktor utama bakal haji percaya,” titah baginda selepas menyerahkan sumbangan zakat MAIPs bernilai RM21,000 kepada 30 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al Jabal A’la, Kampung Melayu, Kaki Bukit di sini hari ini.

Majlis penyampaian tersebut diadakan di Gua Kelam Chalet yang mula beroperasi sejak beberapa minggu lalu di belakang Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kaki Bukit di sini.

Baginda bersama anakanda kedua, Sharifah Farah Adriana Jamalullail diiringi pemiliknya, Lim Poh Leng dan pengurus chalet, Ginny Lim turut meluangkan masa meninjau segala fasiliti di resort tersebut yang mempunyai 17 buah bilik.

Baru-baru ini, media melaporkan ratusan bakal haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana ‘ditipu’ oleh sindiket pakej haji visa furada. 

Difahamkan, sebahagian besar mereka telah membayar puluhan ribu ringgit tetapi tiada jaminan wang akan dikembalikan.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE