Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sudut Books4Gifts di UniMAP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Sudut Books4Gifts di UniMAP

Sudut Books4Gifts di UniMAP

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 24 April 2019 09:20

KANGAR, 24 April 2019 (Rabu) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan ‘Sudut Books4Gifts’ yang dilaksanakan di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di kampus induknya di Pauh Putra bermula Ahad lalu.

Program berkenaan merupakan inisiatif fokus UniMAP terhadap pelaksanaan ‘Dekad Membaca Perpustakaan’. Inisiatif berterusan akan diadakan untuk menjadikan ‘Sudut Books4Gifts’ ini sebagai destinasi kunjungan terutama bagi kanak-kanak dalam kalangan kelompok B40.

Keberangkatan tiba baginda berdua yang juga merangkap Tuanku Canselor dan Tuanku Pro Canselor universiti disambut oleh Ketua Pustakawan PTSFP, Mazmin Mat Akhir. Turut hadir ialah Naib Canselor, Datuk Prof Zul Azhar Zahid Jamal.

Zul Azhar dalam ucapan alu-aluan beliau, menyeru bagi pihak UniMAP agar para individu dan juga badan korporat tampil beramai-ramai untuk menyumbang dana kepada Program ‘Books4Gifts’ dan melestarikan program ‘Buku Percuma untuk Semua’ ini.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE