Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Berkenan Solat Aidiladha Di Pekarangan Istana Arau, Esok n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis Berkenan Solat Aidiladha Di Pekarangan Istana Arau, Esok

Raja Perlis Berkenan Solat Aidiladha Di Pekarangan Istana Arau, Esok

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 13 Julai 2022 11:01

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan Solat Aidiladha dilaksanakan di Dataran Istiadat, pekarangan Istana Arau, esok.

 

Baginda berkenan demikian bagi memberikan ruang kepada ahli kariah Kota Raja, Masjid Negeri Arau untuk mendirikan Solat Aidiladha di tanah lapang (musolla) selaras dengan sunnah Baginda Rasulullah SAW, selain dapat mengurangkan risiko jangkitan, berbanding solat di tempat tertutup.

Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Solat Aidiladha di Dataran Istiadat Pekarangan Istana Arau akan bermula pukul 8 pagi. Pintu masuk akan dibuka mulai pukul 7.30 pagi.

Dalam pada itu, para jemaah diminta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup separuh muka ketika hendak menunaikan Solat Aidiladha serta membawa sejadah sendiri bersaiz standard untuk keselesaan. Pada kesempatan itu, Baginda Tuanku Raja Perlis dan Tuanku Raja Perempuan Perlis bersama-sama Tuanku Raja Muda Perlis dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis serta seluruh usrah kerabat DiRaja turut menzahirkan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidiladha’ selain turut mendoakan agar seluruh rakyat yang dikasihi sentiasa dikurniakan dengan kebaikan dan keberkatan dalam kehidupan.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE