Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 50 Rumah Rosak, Bumbung Diterbangkan Angin Di Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
50 Rumah Rosak, Bumbung Diterbangkan Angin Di Perlis

50 Rumah Rosak, Bumbung Diterbangkan Angin Di Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 13 Julai 2022 11:08

Hujan lebat beserta angin kencang yang melanda Perlis kira-kira jam 11.00 pagi tadi sehingga kini telah mengakibatkan 50 buah rumah rosak akibat struktur rumah dan bumbung diterbangkan angin serta dihempap pokok yang tumbang.

 

Kejadian yang berlaku melibatkan rumah penduduk di seluruh Perlis, antaranya Mata Air, Paya, Panggas, Kubang Perun, Abi, Wang Besar, Kuala Perlis, Kurung Batang, Padang Pauh dan Lubuk Sireh.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan, pihaknya telah turun ke lokasi bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat sebaik menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Bancian bagi mendapatkan anggaran sebenar kerosakan dan jumlah rumah terlibat kini sedang dijalankan, manakala bantuan bagi membaiki kediaman dan keperluan berkaitan akan disalurkan segera pihak MAIPs dan Jabatan Kebajikan Masyarakat setelah semua maklumat diperolehi.

Ketika ini Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam berada di lokasi kejadian bagi membantu penduduk yang terjejas.

Sumber daripada One News

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE