Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Kutuk Serangan Pengganas Di Sri Lanka n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Kutuk Serangan Pengganas Di Sri Lanka

MAIPs Kutuk Serangan Pengganas Di Sri Lanka

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 24 April 2019 10:20

KANGAR, 24 April  2019 (Rabu) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menitahkan ucapan rasa amat berdukacita daripada MAIPs atas kejadian yang menimpa Negara Sri Lanka baru-baru ini.

Pada pendapat MAIPs, perbuatan ganas yang mengorbankan begitu ramai nyawa itu merupakan satu angkara yang sangat keji dan hina.

Menurut MAIPs, tidak ada mana-mana ajaran agama yang membenarkan tindakan jahat seperti itu dan tindakan sedemikian merupakan satu permusuhan terhadap Tuhan dan manusia, bahkan alam keseluruhannya.

Antara objektif penting ajaran Islam ialah memelihara nyawa, mana-mana tindakan yang mengancam nyawa manusia tanpa sebab yang sah adalah merupakan musuh kemanusiaan dan agama.

Atas apa nama sekali pun, tiada siapa pun yang boleh menjustifikasi tindakan ganas yang mengorbankan nyawa manusia tanpa alasan yang benar.

Oleh itu MAIPs dan juga baginda sendiri mengucapkan takziah untuk negara dan rakyat Sri Lanka. Hakikatnya, ia bukan satu mala petaka yang menimpa Sri Lanka semata-mata, sebaliknya ia merupakan bencana yang menimpa dunia keseluruhannya.

Keganasan itu, seperti yang disebutkan tadi, merupakan musuh Tuhan dan musuh manusia serta kemanusiaan dan diharap dunia akan bertindak dengan matang dan mencari resolusi yang tuntas dalam menghadapi cabaran ini.

Semoga kita semua bersatu atas nama kemanusiaan sejagat untuk memerangi keganasan seperti itu.

Demikian menurut kenyataan media MAIPs selepas baginda berkenan berangkat mempengerusikan ‘Mesyuarat MAIPs Bilangan ke-3 bagi tahun 2019’ yang diadakan di pejabat One Centre Malaysia Perlis, Wisma MAIPs semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Yusof dan Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan Sijil Amalan Peguam Syarie Negeri Perlis bagi tahun 2019 kepada 71 orang peguam yang diterima oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, Othman Ibrahim bagi pihak mereka semua.

Pengurniaan sijil berkenaan adalah selaras dengan Seksyen 21 dan 22 Kaedah-kaedah Peguam Syarie 1995 yang memperuntukkan peraturan untuk memperbaharui sijil bagi beramal sebagai peguam syarie di Negeri Perlis.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE