Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda, Raja Puan Muda berangkat ke Majlis Makan Malam Rejimental Rejimen 504 Askar Wataniah

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda, Raja Puan Muda berangkat ke Majlis Makan Malam Rejimental Rejimen 504 Askar Wataniah

Raja Muda, Raja Puan Muda berangkat ke Majlis Makan Malam Rejimental Rejimen 504 Askar Wataniah

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 03 August 2022 10:00

RAJA Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Mejar (Kehormat) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri Majlis Makan Malam Rejimental Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia di Kelab Perwira, Kem Bukit Keteri, malam tadi.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Timbalan Komander, Leftenen Kolonel Mohamad Zaidi Ishak serta ahli-ahli Kelab Perwira Rejimen yang berpegang kepada slogan ‘Di Latih Untuk Perang’ berkenaan.

 

Majlis tersebut juga dianjurkan bersempena ‘Dining Out’ perpisahan kepada Timbalan Komander ke 22 tersebut yang bakal bertukar ke Komponen Pertahanan ESSCOM, Lahad Datu, Sabah sebagai Ketua Staf Operasi .
Dalam ucapannya, Mohamad Zaidi memaklumkan, beliau amat bersyukur kerana berpeluang belajar secara langsung dan tidak langsung berkaitan Askar Wataniah, Negeri Perlis.

 

Katanya, beliau juga berpeluang berkolaborasi dengan agensi-agensi yang lain melalui idea Duli-Duli Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda yang mempunyai aura, personaliti yang berkarisma dan amat selesa didekati.

 

Tambah beliau, dengan penglibatan para pegawai sukarela dapat menguatkan jalinan hubungan antara pegawai tetap dan bersama membantu Rejimen Askar Wataniah merekrut, melatih dan mengekalkan keaktifan anggota sukarela walaupun pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi bagi menyertai pelbagai aktiviti rejimen.

 

Katanya lagi, kesedaran sebagai perwira dan keberadaan perlu wujud dalam diri setiap pegawai dalam angkatan simpanan.

 

“Marilah bersatu dengan barisan pegawai tetap dalam menjadikan Askar Wataniah sebagai satu barisan mampan dalam membantu ganti anggota tetap Tentera Darat dalam mempertahankan negara dan negeri Perlis yang tercinta ini khasnya,” jelas beliau.

 

Ketika menjadi Timbalan Komander di Perlis, Mohamad Zaidi telah melaksanakan Persiapan Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri Ke 32/2021 secara fizikal dan juga atas talian, terlibat dalam Operasi PENAWAR (Covid-19) dan Operasi Murni (Ribut bersama JKM & MAIPs), turut serta menjayakan Projek Jiwa Murni Kg Pulau Ketam dan Lorong Wataniah di Projek Transformasi DiRaja Kg Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis serta  menganjurkan Eks PERBAH 2019 berupa lawatan kerja Tuanku Raja Muda ke kawasan Op PASIR di sempadan negara sekitar perairan Pantai Timur Sabah. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE