Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jasa pahlawan pejuang kemerdekaan perlu dikenang generasi muda – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jasa pahlawan pejuang kemerdekaan perlu dikenang generasi muda – Raja Muda Perlis

Jasa pahlawan pejuang kemerdekaan perlu dikenang generasi muda – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 03 Ogos 2022 10:02

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua bahawa  para pahlawan yang mempertahan dan memperjuangkan kemerdekaan negara harus sentiasa dikenang oleh generasi muda masa kini.

Pengorbanan mereka jelas membuktikan jatidiri dan semangat mereka demi kesejahteraan generasi terkemudian walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa dan harta benda.

 

Di kesempatan ini, semua pihak juga turut diseru agar sentiasa mengenang jasa para pahlawan negara dan mendoakan mereka yang telah pergi dan gugur ditempatkan bersama para solihin.

 

 

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin selepas berkenan berangkat mengetuai ‘Kayuhan Amal Sempena Sambutan Hari Pahlawan 2022 Peringkat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)’ yang disekalikan dengan ‘Kayuhan MAIPs Peduli Bilangan Ke 53 Bagi Tahun 2022’ di sekitar Kangar, petang semalam.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, ‘Hari Pahlawan yang disambut setiap tahun pada 31 Julai adalah bagi mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis, sama ada sebelum dan selepas Malaysia merdeka sudah pasti mendedikasikan penghargaan buat mereka yang telah berkorban buat negara’.

 

Sempena program tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan singgah menyantuni asnaf-asnaf terpilih terdiri daripada Wasia Mastika di Kampung Behor Gandil yang mempunyai masalah kesihatan kesan kemalangan motorsikal, Yusof Nordin di Kampung Guar Syed Alwi yang tinggal bersama enam orang ahli keluarganya dan Idris Bulat juga tinggal di Kampung Guar Syed Alwi dan mempunyai masalah kesihatan.

 

Di akhir program turut diadakan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Kontinjen Polis DiRaja Malaysia Perlis satu majlis perpisahan kepada Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak yang akan bertukar keluar tidak lama lagi setelah empat tahun mencurahkan bakti di negeri ini dengan cenderahati disampaikan kepada beliau daripada pihak MAIPs dan juga PDRM Perlis.

 

Sepanjang tempoh di Perlis, Mohamad Zaidi yang amat berminat dalam bidang sukan telah mengemudi rejimen berkenaan untuk berjaya menganjurkan ‘R504 AW Run’, memperbaiki padang bola dalam kem, mewujudkan gelanggang woodball ‘K3 Hill’, mengilhamkan sebuah ‘Laman Ikhtiar Hidup’, menyiapkan ‘Litar Larian Pagar’, menubuhkan Kelab Motorsikal R504AW di samping melaksanakan acara menembak JAKPAW Perlis secara berkala. 

 

 

Sumber:Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE