Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - SMK Derma Kangar teruskan agenda cemerlang akademik

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
SMK Derma Kangar teruskan agenda cemerlang akademik

SMK Derma Kangar teruskan agenda cemerlang akademik

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 05 August 2022 10:09

KECEMERLANGAN akademik terus menjadi agenda utama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma, Kangar. Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2019, Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) 3.05, manakala 2.72 pada tahun 2020.

Bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019, SMK Derma masih lagi mengungguli tempat teratas SPM di negeri Perlis dengan GPS 2.08 dengan 19 pelajar mendapat semua A.

Pada tahun 2020 pencapaian dengan GPS 2.87 iaitu penurunan dalam aspek kualiti dan 10 orang mendapat semua A. Pada tahun 2021 sekolah berkenaan bangkit dengan mencapai 2.66 untuk GPS.

 


Pencapaian SMK Derma, dalam bidang sukan dan kokurikulum juga amat membanggakan walaupun diuji dengan pandemik Covid-19.

 

Aktiviti kokurikulum tetap dilaksanakan secara maya. Di peringkat kebangsaan, pasukan ragbi dalam Kejohanan Terbuka 7Sebelah ‘Get Into Rugby Arau’ 2020 telah memenangi Kategori Shield.

 

Dalam pertandingan Catur pula, pada tahun 2020 pelajarnya telah menyertai Kuala Krai International Chess Festival 2020 dan memperoleh anugerah Best School bagi Kejohanan Catur Online Piala YB Datuk Seri Mutallib.

 

Pasukan sekolah itu juga telah mendapat ‘bronze medal’ dalam Sempian Hulu Langat Online Chess International Championship bagi kategori B17B dan B15B yang diwakili oleh Aizzul Syahmi Amizul, Aireel Faiz Amizul dan Sharly Hakimy Hamdan.

 

Dalam pertandingan koakademik Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina SMK Derma sentiasa mendominasi acara yang dipertandingkan.

 

Pasukan sekolah ini juga telah mendapat johan dalam pertandingan Forum Remaja Sekolah, pidato Piala Diraja dan mengarang sajak dalam kategori menenggah atas dan, johan dalam Public SpeakingScrabble NationalDare to Spell peringkat kebangsaan dan tempat ketiga dalam pertandingan penulisan kreatif Bahasa Cina peringkat kebangsaan.

Baru-baru ini, ia juga telah mendominasi Kejohanan Tenis MSSPs sebagai johan dan naib Johan dalam kategori perseorangan dan beregu. Naib johan Kategori Bawah 18 dalam Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perlis (MSSPs).

 

 

Demikian dipersembahmaklumkan oleh Pengetua SMK Derma, Fauziah Abd Hamid kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada majlis Hari Anugerah Cemerlang SMK Derma bagi sesi akademik tahun 2022/2023 yang diadakan di Dewan Syed Mahmood sekolah kluster berkenaan.

Tambah beliau, pelajarnya Tengku Aaliya Qistina Tengku Afrizal pelajar Tingkatan 5 telah melayakkan diri dalam English Olympiad dan akan bertanding di Itali pada bulan September ini.

 

Fauziah juga berharap semoga SMK Derma akan terus mengekalkan kecemerlangan yang telah dicipta dalam kokurikulum.

 

Antara para penerima anugerah di majlis tersebut ialah bagi kategori Anugerah Khas, Anugerah Ketua Pelajar (Lelaki) yang diterima Ammar Badlisyah Amizal dan Anugerah Penolong Ketua Pelajar (Lelaki) Aizzul Syahmi Amizul serta Anugerah Penolong Ketua Pelajar (Perempuan) kepada Nurul Iwana Natasya Mohamad Rizal.

 

Anugerah Khas Tokoh Pelajar diterima oleh Muhammad Nazrin Ariefshah Kamal Shah dan Nur Intan Nabila Amdan.

 

Senarai Penerima Anugerah Cemerlang SPM Tahun 2019 terdiri daripada Chuah Bee Tian, Teng Eh Zhi, Mridhul Nair A/L Baskaran, Alia Natasha Salleh, Lee Jing Yao, June Yee Xin Rou, Jauwadee A/P Bun Chea,

 

Nur Anis Afiqah Anuwar, Nur Fatin Syuhada Nurkhairulnizam, Naqib Hazim Hamzani, Nur Syahirah Sukry, Farzana Md Azizan, Tengku Nurizzah Iwani Tengku Hasni, Muhammad Zul Afiq Azizul, Muhammad Aiman Muhammad Affandi, Syifa’ Auni Abdul Hadi, R. Divinyaa, Low Yee Hui dan Owen Chan Wei Wen.

 

Senarai Penerima Anugerah Cemerlang SPM Tahun 2020 iaitu tahun sebelumya pula ialah Muhammad Ali Azeem Abdul Rahim, Ahmad Amirul Zharif Ahmad Rahim, Izza Azeera Hashim, Izzati Athirah Isa, Wan Ameerul Mukmin Abd. Razak, Yong Zhee Hang, Nur Maisarah Mohamed Din, Derric Wong Jun Yik, Farah Irdina Muhammad Izham dan Nurliyana Amani Zainodin.

 

Senarai Penerima Anugerah Cemerlang SPM Tahun 2021 diterima oleh Nurhani Thaqifah Zulkifli, Saw Yi Wen, Phung Li Hang, Wan Ridzania Nurmarissa Wan Rostan, Ngooi Xue Yang, Mohamad Faiz Sharifuddin, Kelvin Chen Khye Xuan, Muhammad Idham Yustialmy dan Aqif Haziq Nor Aidil Kamizan.

 

Senarai Penerima Anugerah Cemerlang STPM Tahun 2019 ialah Ummi Zulaikha Atiqah Rusmady, Nur Izzah Athirah Abdul Halim dan Wong Sumali Saiprawat A/P Kiang. Manakala Penerima Anugerah Cemerlang STPM Tahun 2020 ialah Nur Annisa Nurdin Yeoh, Siti Fairus Ramli, Nur Izzah Amirah Hariff dan Nur Afiqah Nawawi. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE