Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sheikh Hussain Yee Tokoh Maal Hijrah Perlis 1444H

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Sheikh Hussain Yee Tokoh Maal Hijrah Perlis 1444H

Sheikh Hussain Yee Tokoh Maal Hijrah Perlis 1444H

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 05 Ogos 2022 10:14

PENGASAS dan Presiden Pertubuhan Al Khaadem Malaysia, Datuk Sheikh Hussain Yee diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis Tahun 1444 Hijrah bersamaan 2022 Masehi.

Pengumuman itu diadakan pada Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis yang disempurnakan penyampaiannya oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Hotel Seri Malaysia Kangar, semalam.

 

Sheikh Hussain menerima wang tunai RM10,000, plak serta sijil penghargaan.

 

 

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

 

Di majlis tersebut mantan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang juga Ahli MAIPs, Profesor Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd Radhi Othman dipilih menerima Anugerah Maal Hijrah yang membawa pulang wang tunai RM5,000, plak serta sijil penghargaan.

Ahli Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis MAIPs yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, DatukMohiyadin Che’ Jan pula dikurniakan Anugerah Jaaizah Maal Hijrah.

 

Yang turut dihargai di majlis tersebut adalah Sopiah Hassan (Anugerah Pengurusan Mualaf Terbaik), Rumah Lavender Tuan Marja Tuan Mat (Anugerah Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO Terpilih), Masjid Al-Saadah, Baroh (Anugerah Masjid Terbaik Parlimen Padang Besar), Masjid Al-‘Ala, Behor Temak (Anugerah Masjid Terbaik Parlimen Kangar) dan Masjid Al-Mursyid, Kg Guring (Anugerah Masjid Terbaik Parlimen Arau).

 

 

Muhammad Adib Ab. Rahim (Anugerah Didik Terbaik STAM), Amirah Maisarah Amir Ruddin (Anugerah Didik Terbaik SPM), Ainul Balqis Mohamad Zaidi (Anugerah Didik Terbaik SVM), Muhammad Afiq Hannan Azwan (Anugerah Didik Terbaik UPKK), Abdullah Omar dari Masjid Al-Mustaqim, Seriab (Anugerah Imam Terbaik), Shaffri Man dari Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra, Batu 5 Jalan Kuala Perlis (Anugerah Muazzin Terbaik), Jasin Derus mewakili Masjid Ar-Ridza, Panggas (Anugerah Siak Terbaik), Ibrahim Mohamad bagi pihak Masjid Al-Furqan, Kg Sentua (Anugerah Penjaga Kawasan Terbaik), Abu Hassan Jusoh Anugerah Penolong Pendaftar Perkahwinan Terbaik serta Kamardin Talib (Anugerah Amil Terbaik).

Sempena majlis tersebut Tuanku Raja turut menitahkan ucapan tahniah kepada  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) selaku urus setia induk dalam memastikan kelancaran dan kelangsungan majlis berkenaan.

 

Juga, kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Mufti Negeri Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri serta jabatan-jabatan dan agensi-agensi Negeri dan Persekutuan.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.