Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda berkenan berangkat meriahkan Malam Puisi DBP, Alummi KUIPs

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda berkenan berangkat meriahkan Malam Puisi DBP, Alummi KUIPs

Raja Muda berkenan berangkat meriahkan Malam Puisi DBP, Alummi KUIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 08 August 2022 12:03

RAJA Muda Perlis berkenan hadir bagi memeriahkan Malam Puisi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama Alumni Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Hotel Grand Mecure, Phuket, Thailand.

Aturcara ini adalah sebahagian daripada Program Ziarah Mahabbah yang diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulllail bersama 35 delegasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Wilayah Phuket, Thailand dari 5 hingga 7 Ogos, hari ini.

Baginda juga diiring oleh anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

 


Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Salehuddin Abg Shokeran.

 

Pada majlis berkenaan juga diadakan bacaan puisi dari buku Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk Himpunan Puisi Dr. MAZA : Jambangan Puisi Jentikan Nurani keluaran DBP.

 

Buku puisi berkenaan dilancarkan oleh Tuanku Syed Faizuddin, baru-baru ini.

 

Beberapa tokoh seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Emeritus, Datuk Dr Kamarudin Hussin tampil mendeklamasi puisi.

 

Begitu juga dengan Abang Salehuddin termasuk Mohd Asri sendiri mendeklamasi puisi khusus Allahyarham Ayahandanya yang baharu meninggal dunia.

 

 

Juga diadakan persembahan puisi dan nyanyian nasyid oleh beberapa pelajar Sekolah Agama  – Phuket Muslim Wittaya School yang mengikuti kelas bahasa Melayu kelolaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis.

 

Sementara itu enam pelajar dari wilayah ini yang melakar sejarah sebagai kumpulan pertama berjaya menamatkan pengajian di KUIPs telah berkongsi pengalaman menarik ini dengan hadirin.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE