Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Promosi Makanan Perlis Ziarah Mahabbah tonjol makanan tradisi unik dan enak

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Promosi Makanan Perlis Ziarah Mahabbah tonjol makanan tradisi unik dan enak

Promosi Makanan Perlis Ziarah Mahabbah tonjol makanan tradisi unik dan enak

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 10 August 2022 12:24

PROMOSI Makanan Perlis yang termasuk dalam Program Ziarah Mahabbah yang diketuai Raja Muda Perlis bersama delegasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sekaligus menampilkan masakan tradisional yang unik dan enak dari negeri terkecil di Utara ini.

Ini adalah sebahagian dari acara program Ziarah Mahabbah Edisi Ke-7 yang disertai oleh 35 delegasi MAIPs yang diadakan di Wilayah Phuket, Thailand dari 5 hingga 7 Ogos lalu.

Sempena program ini, Promosi Makanan Perlis kali ini diadakan di dua lokasi berbeza.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang diiringi anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail berkenan melancarkan promosi makanan Perlis.

 

Tuanku Syed Faizuddin melancarkan Promosi Makanan Perlis di Restoran Hameed, Hatyai

 

Makanan Perlis yang pertama dilancarkan adalah Ikan Pekasam Tasoh, Gulai Rebung Tulang Arau dan Kurma Daging Simpang Empat.

 

Tuanku Syed Faizuddin bersama anakanda, Syed Sirajuddin Areeb berkenan melancarkan promosi ini di ruang legar Hotel Grand Mercure, Phuket.

Apa yang menarik ke tiga makanan ini dikaitkan dengan daerah di Perlis seperti ikan pekasam dari Tasoh yang merupakan satu-satunya empangan di Perlis.

 

Manakala Gulai Rebung Tulang yang menjadi hidangan utama di majlis kenduri pula mengambil nama Arau sebagai Bandar DiRaja.

 

Sementara Kurma Daging juga antara lauk pauk kenduri sejak berzaman mengambil nama daerah Simpang Empat.

 

Kurma Daging Simpang Empat pada Promosi Makanan Perlis

 

Sekali lagi sebelum pulang ke Malaysia, Baginda dan anakanda berkenan melancarkan Promosi Makanan Perlis di Restoran Hameed, Hatyai.

Kali ini disediakan Laksa Kuala Perlis, Kurma Daging Simpang Empat dan Gulai Rebung Tulang Arau.

 

Kesemua masakan untuk setiap promosi ini disediakan oleh bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Zul Aznam Haron yang berkebolehan dalam bidang masakan bergandingan dengan Ashidan Mat Isa, pemilik restoran yang turut serta dalam delegasi ini.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE