Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Semua Pihak Berperanan Dalam Pendidikan - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Semua Pihak Berperanan Dalam Pendidikan - Raja Muda Perlis

Semua Pihak Berperanan Dalam Pendidikan - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 26 April 2019 13:20

ARAU, 26 April 2019 (Jumaat) - Tanggungjawab pendidikan tidak akan lengkap dan sempurna jika amanah ini diletakkan hanya kepada pihak sekolah ataupun guru-guru semata-mata.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ibu bapa, keluarga, masyarakat dan pelbagai institusi yang lain juga sebenarnya memiliki peranan yang sama berat dalam perkembangan dan pembangunan generasi muda ini.

"Ibu bapa, penjaga serta guru-guru juga perlulah menekankan aspek pendidikan yang bukan hanya melibatkan ilmu dan kemahiran semata-mata, malahan asuhan, didikan, bimbingan serta amalan nilai juga harus menjadi fokus utama agar semua pelajar disematkan dengan jati diri yang ampuh," titah baginda.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Hari Anugerah Kecemerlangan Kali ke-45 Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Sheikh Ahmad di Dewan Datuk Hj Wan Ahmad sekolah berkenaan pagi semalam.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengetua sekolah Shaharim Saad.

Baginda turut menambah bahawa pendidikan sedia ada perlu menyentuh aspek pembangunan insan secara lahiriah dan rohaniah dengan melibatkan elemen-elemen pembentukan nilai unggul, perwatakan dan iman yang selaras dengan ‘global context’ dalam pendidikan MYPIB iaitu ‘Personal And Cultural Expression.

Haikal Azhar menerima Anugerah Yayasan Tuanku Syed Putra, Foo Zhi Lin (Anugerah Datuk Wan Ahmad), Adliyana Namirah Abd Malek (Pelajar Harapan), Mukri Hadif Mustafa (Anugerah Terbaik Sukan dan Permainan) serta Arisya Nabila Rahman (Anugerah Terbaik KoKurikulum).

Untuk rekod, SMK Dato’ Sheikh Ahmad merupakan satu-satunya ‘Sekolah Kluster Kecemerlangan’ yang telahpun diiktiraf sebagai ‘Sekolah International Baccalaureate’ di negeri Perlis.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE