Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Pengusaha Makanan Bazar Ramadan Digesa Perlu Patuhi Aspek Keselamatan Makanan

/ Archive MAIPs / Selasa, 28 Jun 2016 08:28

KANGAR, 28 Jun 2016 (SELASA) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa pengusaha dan peniaga makanan di bazar Ramadan, pasar sehari dan pasar malam mematuhi aspek kebersihan dan keselamatan makanan. Baginda bertitah para peniaga juga bertanggungjawab memastikan kualiti makanan dan minuman yang dijual tidak tercemar dengan mementingkan kebersihan makanan dan premis mereka.

"Saya mahu peniaga menggunakan air yang telah masak bagi menyediakan minuman manakala ais hendaklah dari kilang ais berlesen yang disyorkan kerana dijamin kebersihannya. Peniaga juga hendaklah membasuh bahan mentah menggunakan air bersih supaya juadah yang disediakan berkualiti dan selamat dimakan," titah baginda selepas meninjau bazar Ramadan Persiaran Wawasan di sini, semalam.

Mengiringi baginda dalam tinjauan itu ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis Dr. Zaini Hussin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Khairin Nazry Karim dan Ketua Polis Daerah Kangar, DSP Wari Kiew. Tuanku Syed Faizuddin bertitah orang ramai turut mengamalkan konsep mentaliti kelas pertama iaitu perhati dan pilih sebelum membeli dan mengutamakan gerai yang mempamerkan makanan dalam bekas bertutup, peniaga yang memakai apron, penutup kepala dan menggunakan pembungkus makanan yang bersih.

Dalam tinjauan itu, baginda berkenan menyaksikan penyerahan apron percuma kepada para peniaga oleh Jabatan Kesihatan dan MPK kepada para peniaga bazar tersebut. Terdahulu baginda menyertai program kayuhan ' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli' untuk menjejaki dan menyantuni asnaf kali ke-34 tahun 2016 di sekitar Utan Aji dan Batu Hampar.

Dalam program itu baginda menyerahkan sumbangan dan zakat kepada 30 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Kampung Binjai dan Masjid Kampung Surau. Setiap seorang menerima RM600 . Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Tn Haji Mohd Nazim bin Hj Mohd Noor turut mengiringi baginda. 

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.