Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - YTSP salur sumbangan kepada 30 bayi menerusi Tabung Putra Petri n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
YTSP salur sumbangan kepada 30 bayi menerusi Tabung Putra Petri

YTSP salur sumbangan kepada 30 bayi menerusi Tabung Putra Petri

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 04 Oktober 2022 16:11

KANGAR, 4 Oktober- Tabung Putra Petri, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) yang diwujudkan sejak 2014 terus menyantuni keluarga kurang berkemampuan dengan menyalurkan bantuan kepada 30 bayi baru lahir.


25 bayi beragama Islam menerima sumbangan sebanyak RM1,300 seorang, manakala lima lagi bayi yang bukan beragama Islam menerima sumbangan sebanyak RM1,000 setiap seorang.


Menurut Setiausaha Kehormat YTSP, Datuk Johari Mohd. Darus, bagi penerima yang beragama Islam, dana berkenaan dikreditkan ke akaun Tabung Haji di mana secara automatik bayi tersebut mendaftar haji, manakala yang bukan beragama Islam wang dikreditkan ke dalam akaun Amanah Saham Gemilang.


Sehingga kini sebanyak 180 bayi menerima dana daripada tabung berkenaan dan simpanan itu tidak boleh dikeluarkan sehingga mereka mencapai usia 18 tahun.


Pihak yayasan mengesyorkan agar ibu bapa membuat simpanan tambahan sekurang-kurangnya RM30 sebulan dan dalam tempoh 18 tahun, secara tidak langsung tabungan anak mereka boleh mencecah lebih RM10,000.


Beliau menyatakan demikian di Majlis Penyampaian Sumbangan Bayi Baru Lahir Tabung Putra Petri YTSP dan Bantuan Kepada Pesakit-Pesakit Hospital Tuanku Fauziah di Kangar.


Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyampaikan sumbangan kepada semua penerima.


Baginda turut menyampaikan sumbangan peralatan perubatan kepada empat pesakit yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah.

(Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyampaikan sumbangan kepada penerima)

 

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE