Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Perlis Serahkan Zakat MAIPs Kepada 16 Institusi Agama

/ Archive MAIPs / Jumaat, 01 Julai 2016 08:28

ARAU, 1 Julai 2016 (JUMAAT) - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM2.57 juta kepada 16 institusi pendidikan agama Islam di Perlis.

Antara penerima ialah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) sebanyak RM500,000, Maahad Al-Tarbiayh Al-Islamiyah (SRATI) RM400,000, Sekolah Agama Al-Islahiyah Menengah (SAIM) Behor Mali RM 300,000, Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) RM250,000 dan Maahad Tahfiz Al-Hikmah Pauh RM120,000.

Sumbangan itu disampaikan selepas sembahyang maghrib di Istana Arau di sini malam tadi manakala Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyampaikan tazkirah sementara menunggu waktu isyak. Turut menyaksikan majlis penyerahan zakat itu ialah Raja Perempuan Perlis Tunaku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Hamdan Bahari dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri turut hadir. Sebelum itu, baginda berkenan berbuka puasa para penerima, anak-anak yatim dan ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.

Selepas sembahyang tarawih, Tuanku Tengku Fauziah berkenan menyampaikan sumbangan termasuk duit raya kepada anak-anak yatim yang dijemput khas untuk berbuka puasa bersama-sama. Tuanku Syed Sirajuddin juga berkenan bertemua ketua-ketua jabatan yang baharu bertugas di Perlis tahun ini di Bilik Biru Istana Arau sebelum majlis berakhir.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim bin Mohd Noor berkata sumbangan tersebut bertambah 43 peratus atau kira-kira RM770,000 berbanding sebanyak RM 1.8 juta yang disumbangkan pada tahun lepas. 


Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.