Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - KUIPs Mampu Cipta Keunggulan Tersendiri - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

KUIPs Mampu Cipta Keunggulan Tersendiri - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Khamis, 28 Julai 2016 08:28

ARAU, 28 Julai 2016 (KHAMIS) -  Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) diyakini mampu melangkah lebih jauh dan mencipta keunggulan tersendiri dalam melahirkan korporat Islam yang dilengkapi pengetahuan penyelidikan dan muamalat berteraskan syariat Islam. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bagi mencapai hasrat itu, KUIPs perlu komited dalam beberapa perkara terutamanya memperhebat jalinan kerjasama strategik dengan universiti terkenal termasuk di peringkat global.

 "Kerjasama meluas dapat meningkatkan interaksi pelajar dan kakitangan secara global serta menambah pengalaman pembelajaran, penyelidikan dan pendidikan terkini. Penekanan lebih besar terhadap bidang penyelidikan dan aktiviti pembangunan mampu menarik lebih ramai pelajar pascasiswazah, mendapat lebih banyak geran penyelidikan luar serta menyediakan perundingan dan mengkomersialkan sebahagian hasil penyelidikan di universiti," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat merasmikan Majlis Penutup Minggu Mesra Siswa Pelajar KUIPs 2016 di Dewan Semarak UiTM Perlis di sini hari ini. Keberangkatan baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor KUIPs, disambut Rektor KUIPs Mohd Mizan Mohammad Aslam serta para pegawai kanan universiti.

Baginda bertitah KUIPs juga perlu mengambil peluang perkembangan teknologi terkini dalam menyebarkan ilmu serta kefahaman al-Quran dan sunnah di negeri ini dengan lebih efektif dan interaktif. "Selain itu penting juga untuk menumpukan terhadapa kualiti pembelajaran dan pengajaran termasuk kegiatan kokurikulum juga yang boleh meningkatkan perkembangan dan kemahiran komunikasi pelajar," titah baginda.

Seterusnya Raja Muda bertitah budaya akademik yang menggalakkan kesepaduan intelektual agar mampu menyediakan peluang lebih besar kepada pelajar tempatan dan antarabangsa kelak. 

KUIPs yang baru diwujudkan dua tahun lalu di bawah naungan Majlis Agama Islam dan Adat Istidat Melayu Perlis (MAIPs) mempunyai 130 pelajar termasuk 82 pelajar yang baru melaporkan diri dua minggu lepas. 

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE