Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

YTSP Taja Pelajar Cacat Penglihatan Untuk Penuhi Cita-citanya

/ Archive MAIPs / Rabu, 10 Ogos 2016 08:28

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2016 (RABU) - Seorang remaja cacat penglihatan, Naizatulshima Abdul Malek hari ini menerima tajaan bernilai RM16,000 daripada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bagi membantunya dalam bidang 'basketry' atau membuat bakul. Remaja berusia 19 tahun dari Kuala Perlis itu kini mendapat bimbingan dalam bidang berkenaan di St Nicholas' Home Pulau Pinang.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Pengerusi YTSP, menyerahkan tajaan itu kepada Pengarah Eksekutif St Nicholas' Home, Daniel Soon pada satu majlis di The Escape Adventureplay, Teluk Bahang. Menurut kenyataan YTSP yang dikeluarkan di sini, tajaan itu adalah bagi membiayai yuran tuisyen, tempat penginapan dan makanan.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda berdua Sharifah Farah Adriana. Naizatulshima memulakan kursus dalam bidang pastri di rumah amal itu mulai Jun 2015 sehingga Julai lalu sebelum memulakan pelajaran dalam membuat bakul.

Antara yang dipelajari ialah menganyam bakul makanan dan beg tangan. Sebanyak 97 peserta Bengkel Ke arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemnerlang yang terdiri daripada para pelajar tingkatan empat yang terpilih daripada 29 buah sekolah menengah di Perlis turut menyaksikan majlis penyampaian tajaan itu.

Mereka yang terpilih menyertai bengkel anjuran YTSP dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terdiri daripada para pelajar terbaik dan cemerlang serta pengawas. 

Bengkel selama tiga hari itu yang berlangsung di Pulau Pinang bermula semalam dan diadakan setiap tahun sejak sembilan tahun lalu. 

Semalam YTSP turut menyumbangkan RM3,000 kepada Sekolah Pendidikan Khas Harapan Persatuan Untuk Kanak-kanak Terencat Akal Seberang Perai Utara (PEKTAS) di Butterworth, bersempena lawatan baginda dan para peserta bengkel itu ke sekolah berkenaan.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.