Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pendidikan Islam Perlu Dipraktik Di Peringkat Awal Kanak-kanak - Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Pendidikan Islam Perlu Dipraktik Di Peringkat Awal Kanak-kanak - Raja Perlis

/ Archive MAIPs / Sabtu, 13 Ogos 2016 08:28

KUALA LUMPUR, 13 Ogos  2016 (SABTU) - Pendidikan Islam perlu diterap di peringkat awal persekolahan kanak-kanak, terutama dalam menghadapi dunia masa kini yang semakin canggih dengan kemajuan sains dan teknologi. Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah keadaan itu menjadi satu cabaran kepada ibu bapa pada alaf ini untuk memberi didikan yang sebaiknya supaya tidak terikut dengan amalan dan budaya negatif yang dilihat semakin hari semakin membimbangkan. 

 "Sejajar dengan kepesatan teknologi inilah yang mendorong kita agar lebih peka terhadap alam sekeliling supaya anak kita tidak leka dengan teknologi serta secara langsung terdedah dengan maklumat negatif yang boleh merosakkan minda khususnya," titah baginda. Titah perutusan baginda dibacakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada majlis jamuan amal sempena kutipan tabung dana wakaf bagi pembinaan Sekolah Menengah Agama (Perempuan) Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah Yayasan Islam Perlis di sini, malam Sabtu. 

Turut berangkat ke majlis itu, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama, Menteri Besar Perlis merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Islam Perlis (YIP) Datuk Seri Azlan Man, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah usaha menubuhkan satu lagi sekolah agama di peringkat menengah amat wajar dipuji kerana ianya adalah usaha yang akan memberi pilihan terbaik kepada ibu bapa dalam mencorakkan anak untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa hadapan. 

"Permintaan terhadap sekolah ini juga dilihat semakin meningkat kerana ibu bapa berlumba-lumba untuk memberi pendidikan Islam dengan memilih institusi pendidikan yang sesuai dan terbaik kepada anak mereka," titah baginda.

Selaku penaung YIP, baginda berharap semua pihak akan terus menyumbang supaya usaha murni itu dapat diteruskan bagi menjayakan cadangan pembinaan sekolah berkenaan yang menelan belanja keseluruhan sekitar RM30 juta.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE