Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Elak diabetes rakyat disaran amal gaya hidup sihat – Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Elak diabetes rakyat disaran amal gaya hidup sihat – Raja Muda Perlis

Elak diabetes rakyat disaran amal gaya hidup sihat – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 23 November 2022 08:53

SEMPENA Hari Diabetes Sedunia yang disambut setiap tahun pada 14 November, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam titah menyarankan agar semua rakyat di Perlis mengambil langkah-langkah mencegah dan mengawal penyakit diabetes melalui amalan gaya hidup sihat.

Amalkan pemakanan seimbang dan sihat, lakukan senaman atau sentiasa hidup aktif, tidak merokok, dan menghindari daripada pengambilan alkohol yang berlebihan.

Demikian titah Baginda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM16,400 kepada seramai 29
asnaf terpilih masing-masing menerima RM400 setiap seorang dalam kalangan anak kariah Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar untuk diagihkan oleh amilnya, Zulkifly Othman.

Mengiringi ke program yang diadakan sempena Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke 23 bagi tahun 2022 itu ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Titah Baginda, lakukan saringan kesihatan secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun di mana-mana klinik kesihatan kerajaan atau swasta.

Baginga bertitah, dengan memeriksa status BMI, tekanan darah, paras gula dan paras kolesterol dalam darah menerusi saringan kesihatan ini juga dapat dijalankan pemeriksaan dan rawatan awal bagi mereka yang berisiko.

“Biasanya terdapat gejala diabetes seperti dahaga, kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak, letih dan lesu, susut berat badan walaupun mempunyai selera yang baik, kabur penglihatan, luka lambat sembuh atau kebas kaki,” titah Baginda.

Titah Baginda, bagi pesakit diabetes pula, pantau sendiri paras gula dalam darah gunakan Glucometer disamping tidak meninggalkan ubat-ubatan atau rawatan yang diberikan oleh pegawai perubatan.

Turut diadakan ialah taklimat khas mengenai diabetes yabg dikongsikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Dr Ismuni Bohari dan Megat Ridhwan Megat Husain.

Untuk rekod, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 menganggarkan Perlis mencatatkan peningkatan prevalens diabetes yang ketara daripada 16.9 peratus (NHMS 2015) kepada 32.6 peratus (NHMS 2019).

“Dianggarkan seramai 52,184 atau 1 daripada 3 penduduk dewasa yang berusia 18 tahun dan ke atas di Perlis menghidap penyakit diabetes dan ini mesti diambil perhatian yang serius oleh setiap rakyat di negeri ini,” titah Raja Muda. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE