Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda mengalu-alukan bakal graduan Unimap pada Istiadat Konvokesyen Ke-16 dan 17

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda mengalu-alukan bakal graduan Unimap pada Istiadat Konvokesyen Ke-16 dan 17

Raja Muda mengalu-alukan bakal graduan Unimap pada Istiadat Konvokesyen Ke-16 dan 17

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 23 November 2022 08:55

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengalu-alukan bakal graduan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang dijangka akan kembali ke Perlis bersama ahli keluarga masing-masing bagi menghadiri Istiadat Konvokesyen Kali Ke-16 dan Ke-17 di Dewan Ilmu, Kampus Alam Pauh Putra.

Sebanyak 3,066 akan menerima ijazah dan diploma masing-masing mulai 21 hingga 24 November bagi Istiadat Konvokesyen Kali Ke-16.

Manakala sebanyak 3,158 lagi akan menerima diploma dan ijazah masing-masing dari 26 hingga 29 November bagi Istiadat Konvokesyen Kali Ke-17.

Demikian titah Baginda selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM700
secara tunai, beras serta bekalan makanan mentah kepada dua asnaf terpilih yang tinggal di Kampung Binjal, Utan Aji sempena program kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli’ baru-baru ini.

Penerima-penerima berkenaan adalah Kasma Hassan,62 dan Nah Ahmad, 80.

Tuanku Syed Faizuddin falam titah mengucapkan tahniah kepada bakal graduan kerana berjaya menamatkan pengajian, dan akan diberi penghormatan untuk menaiki pentas di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra bagi menerima skrol masing-masing sama ada daripada Baginda
sendiri bagi sidang sebelah pagi atau daripada Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro Canselor bagi sidang sebelah petang.

Tahniah turut Baginda titipkan kepada ibu bapa, waris, penjaga dan keluarga tersayang kerana telah memberikan sepenuh dorongan dan perhatian kepada semua bakal graduan dalam memastikan kejayaan mereka.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin juga berterima kasih kepada Pengerusi serta Ahli Lembaga Pengarah, seluruh warga universiti, serta semua pihak yang menjayakan kedua-dua Istiadat Konvokesyen pada kali ini.

Tuanku Raja Muda selaku Canselor bersama-sama Tuanku Pro Canselor turut mendoakan semoga Allah Azza Wajalla memberkati majlis yang bakal dilangsungkan ini dan melindungi perjalanan datang serta pulang ke destinasi asal para tetamu, ibu bapa, waris, penjaga dan graduan semua.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE