Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kekalkan seni budaya di Perlis – Raja Muda

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Kekalkan seni budaya di Perlis – Raja Muda

Kekalkan seni budaya di Perlis – Raja Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 23 November 2022 08:57

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya seni budaya yang ada di Perlis ini dapat dikekalkan.

Titah Baginda, ini kerana ia kian dilupai dan hampir pupus ditelan dek zaman.

Berikutan itu titah Baginda, ia perlu diselarikan dengan perkembangan semasa dan syariat Islam sesuai dengan peranan yang dimainkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu sendiri.

Titah Baginda, MAIPs adalah selaku badan utama yang menerajui agama Islam di negeri ini dan juga pendokong kepada adat istiadat Melayu di Perlis.

Demikian titah baginda ketika menutup Mesyuarat Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis Sidang Kedua Bagi Tahun 2022.

Raja Muda juga bertitah, usaha pengekalan, perkembangan, pendidikan, kajian dan penambahbaikan dilakukan terhadap peninggalan, artifak, warisan, tarian, adat, budaya dan sebagainya yang berkaitan negeri Perlis perlu dilaksanakan.

Baginda bertitah, sekaligus dapat diperkayakan lagi khazanah kesenian negeri ini untuk diwarisi oleh generasi masa hadapan. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE