Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Graduan Unimap perlu berpegang kepada nilai integriti -Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Graduan Unimap perlu berpegang kepada nilai integriti -Raja Muda Perlis

Graduan Unimap perlu berpegang kepada nilai integriti -Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 23 November 2022 09:04

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar setiap graduan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dapat berpegang kepada nilai integriti dan menjadi seorang pemimpin jujur.

Titah baginda, sebuah kepimpinan yang adil dan tidak mengabaikan nilai integriti dapat menjadi pendorong buat pihak-pihak lain untuk menghormati prinsip kepemimpinan seseorang individu. 

Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin turut mengingatkan bahawa ciri-ciri seorang pemimpin yang disayangi adalah terdiri daripada mereka yang memimpin dengan nilai kasih sayang, teladan dan bertoleransi. 

“Oleh itu, sentiasalah menyelami hati dan situasi pekerja bawahan masing-masing kerana tanpa mereka, seseorang pemimpin itu tidak mudah untuk berada di kemuncak kerjaya atau organisasinya,” titah baginda sewaktu berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Unimap Ke-16 sidang ke-7 di Dewan Ilmu Kampus Alam Unimap, Pauh Putra, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Canselor Prof. Dr. Zaliman Sauli.

Pada majlis sama, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menganugerahkan ijazah kepada seramai 398 orang para graduan di institusi itu.

Graduan berkenaan terdiri daripada pelbagai bidang antaranya Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Metalurgi, Kejuruteraan Biosistem dan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia Teknologi Makanan, Proses Kimia Industri serta Bioteknologi Industri. 

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE