Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Perlis Bersama YDP Melaka Tunai Solat Jumaat Di Masjid Putra

/ Archive MAIPs / Jumaat, 19 Ogos 2016 08:28

KANGAR, 19 Ogos 2016 (JUMAAT) -  Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menunaikan solat fardu Jumaat bersama Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini, hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.  Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim turut mengiringi baginda dan Khalil.

Khalil bersama rombongan kerajaan Melaka dalam program lawatan rasmi dua hari ke Perlis bermula semalam. Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyampaikan khutbah bertajuk kemerdekaan manakala Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs Ustaz Mohd Nazim Mohd Noor mengimamkan solat Jumaat.

Selepas solat, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis, Dr Hazman Hassan manakala Khalil menyerahkannya kepada Mohd Nazim untuk diedar di semua 106 masjid di seluruh negeri sempena sambutan kemerdekaan.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.