Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Enam Adun angkat sumpah Exco Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Enam Adun angkat sumpah Exco Perlis

Enam Adun angkat sumpah Exco Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Saturday, 26 November 2022 07:13

Arau: Seramai enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perlis dari Perikatan Nasional (PN) membabitkan dua daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan empat mewakili Pas mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis di Bilik Hijau, Istana Arau, di sini, hari ini.

Kesemua mereka melafazkan sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah menerima watikah pelantikan daripada baginda.

Turut sama berangkat dalam majlis berkenaan adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

 

Hadir Sama Dalam Majlis Berkenaan Adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Perlis, Mohd Radhi Abas Dan Speaker ; Perlis, Datuk Hamdan Bahari.

Dua Adun mewakili Bersatu yang mengangkat sumpah itu adalah Adun Titi Tinggi merangkap Bendahari PN Perlis, Izizam Ibrahim dan Adun Pauh merangkap Ketua Penerangan BPN Bersatu Perlis, Megat Hashirat Hassan.

Manakala empat lagi Adun dari Pas adalah Adun Simpang Empat, Razali Saad, Fakhrul Anwar Ismail (Bintong), Azmir Azizan (Santan) dan Adun Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad.

Pembentukan kerajaan negeri Perlis dari PN pada kali ini berikutan kejayaan gabungan itu yang memenangi 14 daripada 15 Dun yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Sabtu lalu.

Selain itu, PN juga berjaya 'menyapu bersih' ketiga-tiga kerusi Parlimen di Padang Besar, Kangar dan Arau dalam pilihan raya berkenaan.

 

Sumber: myMetro

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE