Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - RCB serah zakat perniagaan lebih RM900,000 kepada MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

RCB serah zakat perniagaan lebih RM900,000 kepada MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 12 Disember 2022 08:10

KUALA LUMPUR: Rural Capital Berhad (RCB) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM945,934 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), hasil daripada harta perniagaan bagi 2021.

Penyerahan zakat itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Hiruddin Hashim, kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, yang disaksikan

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di ibu kota.

Hiruddin berkata, pihaknya berharap zakat itu dapat membantu golongan memerlukan, selain membina hubungan serta meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap RCB serta Majlis Amanah Rakyat (MARA).

"Jumlah zakat perniagaan yang dikeluarkan oleh RCB dari 2016 hingga 2020 adalah sebanyak RM4.371 juta.

"Pembayaran zakat ini juga membuka jalan kepada RCB untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi peruntukan Wakalah, yang mana sebahagian wang zakat dipulangkan kepada syarikat untuk disumbangkan kepada golongan asnaf oleh syarikat sendiri," katanya pada majlis itu.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah MARA, Datuk Seri Azhar Adbul Manaf; Pengerusi MARA Corporation, Datuk Wira Othman Aziz; Pengerusi RCB, Datuk Seri Yahaya Mat Ghani @ Abbas dan Pegawai Eksekutif MARA Corporation, Datuk Julainie Mohd Salleh.

RCB adalah syarikat subsidiari di bawah MARA Corporation, yang memberi fokus kepada empat teras perniagaan seperti Pengurusan Bayaran Balik Pinjaman, Perkhidmatan Pembiayaan, Digital-Based Solution (Penyelesaian Berasaskan Digital) dan Sokongan Perniagaan.

Mengulas lanjut, Hiruddin berkata, RCB dan MARA melaksanakan pelbagai aktiviti CSR untuk golongan asnaf di seluruh negara, tahun ini, dengan jumlah sumbangan sebanyak RM291,000.

Beliau berkata, antara program terbabit adalah Program MARA Prihatin Simfoni Ramadan 2022 di Perlis, Program CSR Ihya Ramadan Perdana di Sabah, Program CSR Bakul Makanan di Sarawak, dan Program Back to School 2022 di Kuala Lumpur.

Selain itu, katanya, Program Prihatin Anak Asnaf dan Mualaf di Melaka, Program CSR Pendidikan @ Jerlun di Kedah dan Program Kelestarian Pendidikan Komuniti Orang Asli di Negeri Sembilan.

"RCB juga berhasrat untuk mewujudkan satu skim sumbangan modal permulaan perniagaan kepada golongan asnaf yang mempunyai keinginan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan," katanya.

 

Sumber: Berita Harian

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE