Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda tinjau fasiliti kediaman mahasiswa Perlis di KLCC n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Muda tinjau fasiliti kediaman mahasiswa Perlis di KLCC

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 14 Disember 2022 08:59

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat meninjau fasiliti kediaman mahasiswa Perlis yang menuntut di Kuala Lumpur City College (KLCC) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda ke Tower C, Kiara Residences 2, Bukit Jalil disambut oleh Pengasas KLCC, Prof. Datuk Dr. Chin See Keat dan Penaungnya yang juga Penaung Pertubuhan Kebajikan Amal Malaysia Sejati, Tunku Rizal Shah Tunku Muszaffar Shah.

 

Terdahulu daripada itu Baginda berkenan menerima mengadap beberapa mahasiswa berasal dari Perlis yang baru sahaja diterima belajar melalui tajaan Pertubuhan Kebajikan Amal Malaysia Sejati dan KLCC dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Menurut Tunku Rizal Shah, pertubuhannya berbesar hati memperuntukkan penajaan sebanyak 30 biasiswa kepada mahasiwa dari Perlis melalui YTSP dan MAIPs.

Mereka teruja melihat kesungguhan Raja Muda Perlis dalam usaha mengangkat agenda pendidikan di kalangan golongan yang memerlukan.

“Sasaran kami bagi memastikan program pendidikan di tahap diploma dalam bidang peruncitan melalui konsep latihan pekerjaan (on job training) dapat membantu mereka yang berkeperluan selain memberikan peluang untuk pelajar mengembangkan lagi potensi dalam diri mereka termasuk untuk memulakan perniagaan sendiri,” jelas beliau.

 

Mengiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra ke kunjungan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran MAIPs, Prof Emeritus Datuk. Dr. Kamarudin Hussin, dan Setiausaha Kehormat YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd Darus.

Turut sama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Tunku Rizal Shah turut mengalu-alukan penyertaan anak-anak asnaf dan golongan B40 dari Perlis untuk melanjutkan pelajaran di bawah tajaan Pertubuhannya dan KLCC di masa hadapan dan berharap akan menjadi pembuka jalan untuk mencapai sasaran mereka, 1 pelajar 1 tajaan. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE