Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Berkenan Lawat Ladang Superfruits Valley Di Chuping n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Perlis Berkenan Lawat Ladang Superfruits Valley Di Chuping

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 19 Disember 2022 08:38

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Ladang Superfruits Valley di Lembah Chuping, dekat Padang Besar.

 

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengarah Urusan Syarikat Fig Direct, Robin Lim yang mengusahakan ladang tersebut.

Antara tanaman utama di sekitar ladang berkeluasan 50 hektar milik sepenuhnya anak tempatan ini adalah buah tin, gac, lemon dan markisa.

Selain itu ladang ini juga merupakan satu lagi destinasi agro-pelancongan yang menarik di Perlis untuk dikunjungi.

Sempena keberangkatan Tuanku Raja, Robin mempersembahkan taklimat mengenai segala produk keluaran ladang ini.

Beliau juga menjelaskan inisiatif terkini yang sedang dijayakan oleh pihak syarikat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi jangka pendek dan juga panjang.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE