Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - YTSP, KPM Kerjasama Tubuh Pusat Autism Di SK Panggau – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

YTSP, KPM Kerjasama Tubuh Pusat Autism Di SK Panggau – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 19 Disember 2022 08:41

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bakal bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi penubuhan sebuah Pusat Autism di Sekolah Kebangsaan (SK) Panggau, Kangar tidak lama lagi.

 

Baginda bertitah, penyertaan YTSP ini adalah menerusi Pembangunan Pusat Pendidikan Dan Latihan Autism (A-Heart).

“Keputusan telah dibuat bagi menjadi rakan strategik kepada KPM berhubung projek ini,” titah Baginda.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin selepas berkenan berangkat bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dalam lawatan kerja ke Pusat Genius Kurnia KPM di Sentul, Kuala Lumpur.

Baginda bertitah, pada Mesyuarat Lembaga YTSP Perlis yang bersidang pada penghujung Oktober lalu Kali Ke-34 (Bilangan Pertama) bagi tahun 2022 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur telah membuat keputusan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membantu menyediakan kemudahan dan peralatan pembelajaran Autism tambahan yang kekal dan utama untuk projek tersebut kelak.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, Lembaga berkenaan juga memutuskan untuk mengekal Jawatankuasa Bangunan Pusat Pendidikan Dan Latihan Autism (A-Heart) YTSP Perlis bersama-sama dengan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Titah Baginda, jawatankuasa ini diPengerusikan oleh Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin.

Tuanku Raja Muda yang merangkap Pengerusi YTSP Perlis semasa bertitah juga memaklumkan pihak Lembaga juga telah melantik Setiausaha Kehormat YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd Darus dan Ahli Lembaga Yayasan, Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin bagi mewakili YTSP dalam Jawatankuasa Pelaksana projek pembangunan Pusat Autism yang akan ditubuhkan oleh KPM nanti.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE