Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perbezaan Pandangan Harus Ditangani Dengan Baik, Pelihara Akhlak - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Perbezaan Pandangan Harus Ditangani Dengan Baik, Pelihara Akhlak - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Selasa, 01 November 2016 08:28

MANILA, 1 Nov (SELASA) - Perbezaan pandangan sesama umat Islam harus ditangani secara baik dengan memelihara akhlak dan adab sebagai manusia bertamadun, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. 

"Bagaimana umat Islam boleh berpecah sedangkan kita menyembah Tuhan yang satu, kiblat yang satu dan matlamat yang satu. Islam melatih umatnya mengukuhkan jemaah. Ini yang perlu difikirkan," titahnya. Baginda bertitah demikian sebelum menunaikan solat Zohor di Masjid Manila Golden Mosque and Cultural Center, di sini pada Selasa.


Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Filipina Datuk Razlan Abdul Rashid dan ketua pegawai pentadbir masjid itu Mohd Ersad 'Bebot' Malli serta imam, Ustaz Haron Angnie. Baginda berada di Manila bagi mengetuai delegasi lawatan kerja dwitahunan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) universiti-universiti awam Malaysia selama tiga hari bermula Isnin.

Tuanku Syed Faizuddin turut menasihatkan umat Islam supaya belajar bagaimana Nabi Muhammad SAW menyatupadukan umat Islam dan bukan Islam melalui pemeteraian Piagam Madinah. 
Menurut baginda perjanjian itu amat penting dalam sejarah Islam kerana ia berjaya menyatupadukan dua puak yang dominan pada zaman itu iaitu Aus dan Khazraj yang berlainan budaya.

"Perjanjian ini membuktikan bahawa Islam meletakkan perpaduan di tempat tinggi dalam kehidupan manusia," titah baginda.

Selesai menunaikan solat Zohor, baginda selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyerahkan sumbangan majlis itu sebanyak RM2,000 kepada Mohd Ersad untuk masjid itu manakala para delegasi turut menyumbang bahan bacaan, al-Quran serta kitab-kitab dalam bahasa Inggeris, sejadah dan telekung.

Masjid terbesar di Manila itu dibina hasil sumbangan bekas Presiden Libya Muammar Gaddafi dan kerajaan Filipina semasa pentadbiran Presiden Marcos pada tahun 1970 dan boleh menampung sehingga 500 jemaah.


Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE