Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis berkenan lawat Rail Depot di Serendah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis berkenan lawat Rail Depot di Serendah

Raja Muda Perlis berkenan lawat Rail Depot di Serendah

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 25 Januari 2023 11:44

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Rail Depot milik syarikat Dhaya Maju Infrastructure Asia (DMIA) Sdn. Bhd. di Serendah, Hulu Selangor.

Baginda juga berkenan beramah mesra dengan pihak pengurusan serta menyantuni tenaga kerja syarikat tersebut.

 

Dengan kesempatan ini, Baginda meninjau peralatan, aset keretapi termasuk jentera berat rehabilitasi landasan yang digunakan untuk projek menaiktaraf kemudahan infrastruktur landasan berkembar elektrik di Lembah Klang.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengerusi Kumpulan DMIA, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (B) dan Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Subramaniam Pillai.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarahnya iaitu Tan Sri Mazlan Lazim, Tan Sri Ismail Bakar dan Datuk Shaharuddin Md Som.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran DMIA Tahun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan DMIA, Datuk Mohamed Razeek Hussain menyampaikan sembah taklimat berkaitan peranan, cabaran serta kejayaan DMIA sepanjang tahun lalu serta perancangan pada tahun ini.

Mohamed Razeek turut menekankan kepentingan setiap peringkat warga kerjanya melaksanakan tanggungjawab dengan penuh beramanah demi untuk keselamatan, kemudahan dan keselesaan kepada rakyat yang menggunakan segala perkhidmatan yang disediakan oleh mereka.

Azumi dalam sembah ucapan aluan kepada Raja Muda di majlis berkenaan pula turut menekankan tentang pemantauan dan rasa tanggungjawab setiap kakitangan untuk menunaikan tugasan dengan penuh berintegriti adalah teras utama dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi.

 

 

Katanya, ia bukah semata-mata untuk memenuhi tuntutan penanda aras ‘Key Performance Indicators (KPI)’, tetapi demi menunaikan amanah serta tanggungjawab terhadap kerja masing-masing.

Tambah beliau lagi, “Menjadi suatu kelaziman untuk setiap orang meletakkan sasaran serta azam baharu pada permulaan setiap tahun,”.

Namun katanya, sebagai seorang pekerja, ‘nawaitu’ yang sebenar apabila melaksanakan setiap tugasan adalah untuk mencapai tahap yang terbaik dan mestilah lebih baik daripada sebelumnya.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE