Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Inovasi tukar cara hidup manusia lebih mencabar – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Inovasi tukar cara hidup manusia lebih mencabar – Raja Muda Perlis

Inovasi tukar cara hidup manusia lebih mencabar – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 27 Januari 2023 15:13

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, inovasi sebenarnya telah menukar corak kehidupan manusia sekaligus lebih mencabar dan berdaya saing.

Baginda bertitah, inovasi dan kreativiti juga telah menjadikan beberapa buah negara semakin menonjol seperti Korea Selatan dan Finland.

 

 

“Oleh itu terletak dibahu pelajar hari ini untuk memandang ke hadapan serta melengkapkan diri dengan menjadikan inovasi dan kreativiti sebagai halatuju baharu,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) wang tunai berjumlah RM96,600
kepada 138 penerima.

Ia melibatkan anak kariah Kampung Baroh sebanyak 68 orang dan 70 lagi anak kariah Kampung Santan.

 

 

Penyampaian zakat ini diadakan di Masjid Al-Saadah, Kampung Baroh.

Dalam titah juga Tuanku Syed Faizuddin menambah bahawa dengan transisi global dalam teknologi telekomunikasi dan Internet menuntut banyak cabaran supaya golongan pelajar sentiasa cakna dengan perkembangan pendidikan.

Justeru itu titah Baginda, golongan pelajar perlu memanfaatkan sumber dalam talian serta pantas mempelajari aplikasi terkini bagi mengikuti pengajian dengan lebih efektif.

 

 

Raja Muda turut berkongsikan sebuah kata-kata hikmah daripada Malcolm X yang berbunyi “Education is the passport to the future, for tomorrow belongs to those who prepare for it today”.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE