Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Muda Perlis Seru Umat Islam Tonjol Imej Sebenar Agama

/ Archive MAIPs / Jumaat, 02 Disember 2016 08:28

COLOMBO, 2 Dis 2016 (JUMAAT) -  Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru umat Islam agar sentiasa menonjolkan imej sebenar Islam yang menitikberatkan keamanan dan kesejahteraan.

Sehubungan itu, titah baginda, umat Islam berperanan mengekal hubungan baik dengan masyarakat bukan Islam supaya keindahan Islam tidak dirobekkan dengan ketaksuban yang boleh membawa kepada kerosakan.

"Islam perlu menjadi contoh kepada dunia dengan umatnya yang mengamalkan kesederhanan dan mementingkan keamanan," titah baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agams Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika melawat Masjid Jami Ul-Alfar, yang juga dikenali sebagai Masjid Merah di sini malam tadi.

Menurut baginda, kegagalan mengamalkan kesederhanaan dan kemurnian beragama sehingga mewujudkan perbalahan sesama sendiri, membawa imej negatif kepada agama Islam.

Ketibaan baginda di masjid itu dengan diiringi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Wan Zaidi Wan Ismail serta Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal disambut Presiden Lembaga Pemegang Amanah masjid T.M Ameer Sultan, naib presidennya Harris Anver serta bendahari Jaafar Ali Farook.

Baginda turut menyampaikan sumbangan MAIPs kepada masjid itu melalui T.M Ameer selepas meninjau keindahan masjid yang diasaskan pada 1908.

Masjid tersebut dibina melalui sumbangan dana peniaga dan pedagang selatan India dengan bangunan asasnya setinggi dua tingkat menggunakan empat tiang daripada kayu jati.

Masjid itu melalui proses pembesarannya pada 2010 dengan pembinaan bangunan tambahan setinggi enam tingkat.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berada di sini sejak Selasa lalu untuk mengetuai delegasi lawatan kerja UniMAP selama enam hari ke institusi pengajian tinggi di Sri Lanka. 

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.