Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Krisis Rohingya Pencabulan Keamanan, Titah Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Krisis Rohingya Pencabulan Keamanan, Titah Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Jumaat, 16 Disember 2016 08:28

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2016 (JUMAAT) – Krisis Rohingya yang menjadi perhatian dunia adalah pencabulan keamanan yang tidak diingini Islam, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda yang juga Yang di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, perkembangan mutakhir krisis Rohingya dan penindasan umat Islam di Syria dan Palestin perlu ditangani secara bijaksana supaya Islam tidak dilabel sebagai menggalakkan keganasan.

Menurut siaran media MAIPs hari ini, baginda bertitah demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Imam Masjid An-Nabawi, Sheikh Abdul Bari Ath-Thubaity di masjid berkenaan di Madinah, malam tadi.

Titah baginda, Islam mengajar umatnya menguruskan perbezaan dan pertelingkahan dengan merujuk kepada al-Quran dan Sunnah yang pastinya akan membawa jalan kebaikan dan sejajar dengan Islam yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Tuanku Syed Faizuddin yang diiringi Ketua Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idrus Al-Habshee tiba di Madinah malam tadi, sebelum menunaikan umrah di Makkah.

Titah baginda, krisis yang membabitkan penindasan umat Islam perlu ditangani secara bijak supaya Islam tidak terus dikaitkan dengan keganasan dan umatnya sebagai militan.

Turut mengiringi baginda menunaikan Umrah ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE